Tuesday, May 24, 2011

Sudah Tunjuk Tanda-Tanda

Assalamualaikum,

Mungkin ayat ini sudah biasa anda dan saya dengar, tetapi saya tertarik dengannya semalam.

"Kita kena rawat sistem bukan simptom"

Ayat simple tapi kalau fikir-fikir balik, luas maknanya. Yalah, dalam dunia hari ini bukan takat penyakit sahaja kita rawat simptom (betul okay! Most doctors tahu treat simptom sahaja sebab dalam.... nantilah cerita), hampir semua benda.

Contoh kalau penyakit asthma. Doctor normally akan rawat batuk and sesak nafas sedangkan itu simptom atau tanda-tanda yang muncul akibat sistem tubuh badan tidak mampu lawan virus atau bakteria yang buat seseorang itu asthma. Bukan dibunuhnya virus or bacteria tu. Dihilangkan pula simptomnya sedangkan virus still bermaharajalela dalam badan. Maka kenalah sentiasa mendapatkan rawatan bila simptom datang balik. Setiap rawatan berbayar pula tu. Hasilnya? You are not cured and the doctors are getting filthy rich!

Bukan semua doctors ok!

Contoh anda mahu anak atau adik anda bijak bestari. Anda suruh dia buat homework sahaja setiap hari dan bila tiba musim peperiksaan anda pastikan dia baca buku. sedangkan homework itu hanyalah benda depan mata. Benda yang boleh nampak macam simptom. Anda tidak pastikan pun dia buat homework itu hasil kerja dia atau tiru. Anda tidak pastikan jawapan dia buat itu betul atau salah. Time exam dia bacalah buku. Rupa macam membaca, fikiran merewang entah kemana. Lepas habis baca buku main game. Secara harfiahnya dia dah study. Tapi betul ke cara dia study?

Ni macam budak IPT sahaja.
Segala yang depan mata anda musnahkan atau perbaiki mengikut kesesuaian keadaan. Tidak pula anda sibuk-sibuk memastikan perkara itu tidak berulang lagi SELAMA-LAMANYA. Asal tidak wujud depan mata atau wujud depan mata sudah memadai. Tolonglah buang pemikiran seperti itu. Sebelum lakukan apa-apa, selidik dan kaji dulu betul-betul kemudian haa... dah tahu result apa lagi? Bertindaklah secara bijak!

Semua orang sibuk menyatakan masalah sosial zaman sekarang ini sudah sampai tahap gaban. Tahap gila-gila. Bila berpakaian aneh, disuruhnya tukar baju bukannya dipastikan mana dia beli? duit siapa? bagaimana dia dapat? dan sebagainya. Yang kita tahu, selagi dia tak pakai baju pelik tu depan kita sudah memadai. Bila berkelakuan sumbang, kena marah, kena herdik bagai. Tak bagi pakai phone, tak bagi keluar rumah, tak bagi jumpa dan sebagainya. Sedangkan duit yang diberi boleh digunakan untuk beli nombor prabayar baru. Handphone? Boyfie or gurlfie boleh tolong belikan. Jumpa? Time sekolah boleh, balik sekolah boleh, tuisyen boleh. 

Nampak tak? Kita sekat, halang benda-benda buruk dari berlaku depan mata. Kita pastikan seseorang itu buat apa yang sepatutnya depan kita. Selain dari itu? Lantak-lah dia nak buat apa pun. Pesan saya, buanglah sikap jangan jaga tepi kain orang itu. Tidak bagus.

りゅたろ - Mula radikal dan liberal kembali.