Saturday, May 21, 2011

Reunion Batch 2000 - 2005 Sek. Keb. Jln. Gurney (2)

Assalamualaikum,



Selasa

Saya diperlukan oleh Farhan Abdul Malek untuk menjadi salah seorang comitee Reunion Batch 2000 - 2005 Sek. Keb. Jln. Gurney (2) bersama Firdaus Ibrahim, Surya Jutawan Syamsi Affendi, Nurlisa Azizul dan Farah Sakinah Dato' Saad. Kami berjumpa di Outdoor Starbucks KLCC. Walaupun saya tidak memberi sumbangan yang besar namun harap-harap adalah juga. Jumpa Adib Fikri di DKNY Jeans, Isetan. Cari Abdul Ghaniy Muzmar. Tak jumpa.


Khamis

6.02 petang - Ayahanda jemput saya untuk beli Big Apple donuts atas permintaan project manager (Farhan) kerana mahukan dessert. Saya tiba di AEON AU2 dan main lalu sahaja depan setiap donut. Nampak yang macam sedap saya minta 3 tanpa tahu pun sedap atau tidak.

6.53 petang - Kembali ke rumah kerana ada barang-barang tertinggal.

7.18 malam - Tiba di perkarangan Sek. Keb. Jalan Gurney (2). Hujan lebat. Turun sahaja jumpa Fakhrullah Muzzaffar, Amirul Firdaus, Firdaus Ibrahim, Farhan, Farah dan Lisa. On the way angkat barang, terjumpa pula Cikgu Musa. Set up tempat. Teacher Sharifah pula datang. Siap ingat nama Ayahanda lagi.

Comitee (Kiri: Lisa, Farah. Belakang: Farhan.)
Belakang: Fakrullah. Comitee (Kiri: Firdaus Ibrahim, Surya)
7. 40 malam - Ketibaan Nur Syifa Amni dan Adib Hazim. Lama dah tak jumpa Adib Hazim. I did say normally nampak dia pakai black or white tapi pernah nampak kuning. And rupa dia macam ada trace of transitions dari the way I remember him dengan the way he appeared that night. Sophysically he did change a bit but not that much. I like the way the old Adib better though.

8.00 malam - Suasana mula huru-hara, riuh-rendah, hiruk-pikuk kerana semakin lama semakin ramai yang datang. Masing-masing get along together balik. Tanya latest news. Further study kat mana? Ambil apa? Buat apa sekarang?

8.40 malam - Lisa terpekik, terlolong panggil semua orang untuk duduk di kerusi dan dengar sedikit ucapan dari ahli comitee yang mampu buat ucapan. Then it was time for MAKAN! Adib kata ayam dia rasa maca, sate. Well he did nampak genuinely surprised. That means bagi mana-mana ahli comitee yang handle ayam (CM or Chicken Management bak kata Surya), tahniah!

Mula mengambil tempat duduk masing-masing
Firdaus Ibrahim jadi MC
Air Fruit Punch Surya yang dibuat menggunakan family secret memang superb! First time kot rasa fruit punch with real fruit. Haha.. Memang ramai yang suka pun air tu sebab memang betul-betul sedap. Then my Big Apple siap ada yang tambah-tambah. Yalah Big Apple, bukan saya buat pun.

Kiri: Raja Muhammad Adam Shah, Firdaus Azmi, Amirul Firdaus (Chief Chiken Manager)
Farhan, the Man Behind it All.
Masih berusaha masak ayam.
Time makan-makan masih ada slow drifter yang datang macam Nazli Fitri dan Zaki. I used to hangout with these guys dulu. Siap buat study group for UPSR dengan mereka plus Surya and Hafiz Zainuddin tapi tak bercakap langsung dengan Nazli. Cuma dia kelihatan suka bergambar. Saya tertarik dengan pemakaian Ahmad Rashdan. Black long-sleeve turtleneck, slack hitam, kasut kulit hitam dan cloak? or coat? yang pasti ada gaya Inspector Gadget jacket dia.

Baju putih: Adib Hazim. Baju Kuning: Zaki.
10.40 malam - Lambat dah ni. So, tiba masa nak kemas-kemas and say goodbye. Kumpul ramai-ramai and snapped some pictures. Then ambil nombor telefon. Senang nak contact nanti. Slowly as they come, slowly they go back. Makanan yang lebih-lebih siap tapau bawa balik rumah. Ayam marinated tapi tak masak lagi pun ada yang bawa balik rumah. Mahu goreng mungkin. Tiba-tiba datang sorang mamat ni. Muka saya ingat nama saya lupa.

Yang sudi hadir
Tiada dalam gambar: Saya, Lisa, Surya, Fakrullah.
11.00 malam - Ayahanda sudah menunggu di perkarangan Sek. Keb. Jalan Gurney (2) untuk membawa saya pulang.

Dalam proses nak balik.
Well, that was basically what had happen that night. Memang fantabulous. Selama ini tak pernah terjangka boleh jumpa balik budak-budak ni. Kelas 6 Setia last time jumpa sewaktu Form 2. Kelas lain.... hmph. Tiada rezeki tapi malam itu jumpalah balik. Serious lain. Ada yang memang saya dah dengar cerita mereka berubah. Ada yang tahu nombor saya tetapi saya tak tahu nombor mereka. All in all memang best.

Hadiah sebelum further study. Nanti di US, bila masa nak jumpa kan?

りゅたろ - Sedih bercampur gembira.

No comments: