Tuesday, May 24, 2011

Ingin Capai Sesuatu Tetapi....

Assalamualaikum,

Teringat saya kata-kata Puan Isni Isa kepada pelajar tingkatan 5 2010 di MRSM Kuala Kubu Bharu:

"Susah untuk awak terima apa yang Cikgu Zaidi cakap walaupun dia Guru Cemerlang sedangkan di luar sana tu, ramai yang memanggil-manggil dia untuk buat ceramah. Macam Cikgu Nizar juga. Sebabnya kamu semua kenal dia dan kamu rasa dia tidak hebat."

Puan Isni Isa, En. Zaidi Yaacob dan Tn. Hj. Nizar masing-masing merupakan Guru Cemerlang Sejarah, Biologi dan Bahasa Melayu. Ketika itu memang saya rasa kata-kata Puan Isni sangat-sangat tepat. Namun tidak pernah saya jangka bahawa mesej yang tersirat di sebalik untaian frasa-frasa beliau bergantungan 1001 makna.

Dalam dunia ini sering kali kita dengar: Don't judge a book by it's cover. Ramai yang berusaha mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sedar atau tidak, prinsip itu telah berjaya menutup kemas pintu-pintu hati kita untuk menerima perubahan dalam diri seseorang itu sehinggalah dia berjaya membawakan bukti-bukti sahih lagi konkrit untuk dipersembahkan kepada kita yang egois?

Memang kita tidak judge seseorang dari rupa paras dan gaya penampilan. Kita dididik untuk melihat secara keseluruhan diri seseorang itu. Perangai, peribadi, tingkah laku, pemilihan kata-kata, intonasi berbicara, pemikiran, pandangan dan banyak lagi. Berapa lama masa yang selalunya kita berikan kepada mereka untuk mereka buktikan siapa diri mereka? 3 bulan? Rasanya lebih... mungkin 6 bulan atau setahun. Selepas itu selagi tiada pembuktian utuh semakin kukuh, jangan haraplah anda percaya mereka mampu atau berubah.

Sebagai contoh, kakak anda yang berbadan sedikit gempal menyatakan dia ingin berdiet. Sewaktu itu dia hampir melanjutkan pengajian di salah sebuah sekolah berasrama penuh. Katanya dia mahu jaga makan. Tidak mahu makan sesuka hati. Apa anda, ibu, bapa, abang, adik dan seluruh ahli keluarga lain buat? Sokong itu sudah pasti, tetapi sokongan anda itu tahap mana? 50%? Saya yakin kurang dari 100% sebab sudah bertahun-tahun anda lihat nafsu makan kakak anda. Mana mungkin dia mampu berdiet. Setelah 2 tahun dia berjaya kembali ke berat sekitar 50kg dari 70kg. Anda terkejut!

Kenapa anda terkejut?

Sebab anda tidak pernah yakin terhadap dirinya yang sememangnya mampu untuk melakukan diet tersebut. Jadi mengapa tidak dia bermula dari rumah? Cuba anda lihat di rumah ada siapa? Ada adik-adik yang sentiasa makan tak ingat dunia kerana sumbatlah apa jua makanan dalam perut mereka, mereka tidak akan gemuk. Di rumah juga ada ibu bapa yang sentiasa bermadu kasih bersama. Maka tidak perlu mereka menjaga makan kerana mereka telahpun berjumpa dengan soulmate masing-masing. Kalau jadi gempal tidak menjadi masalah kerana itu norma kehidupan orang telah berkahwin.

Ada possibilities untuk dia diet di rumah? Tidak! Tiada siapa yang cuba menolongnya untuk mempertahankan diet kerana tidia seorang pun yang mempunyai keyakinan 100% bahawa Si Kakak ini mampu melakukan. Seperti yang saya katakan sebelum ini: "Kita kena rawat sistem bukan simptom" Kalau mahu kakak itu berjaya dalam diet, satu institusi kekeluargaan itulah yang harus sokong 100%. Beli makanan rendah lemak. Bersenam 20 minit setiap sesi dan 3 sesi seminggu. Ada anda buat? Tidak. Lagi encourage dia makan Big Apple, Secret Recipe, Mi Goreng Mamak dan sebagainya.

Bila dia bersendirian dia mampu melakukannya kerana itu hak dia. Kawan-kawan tidak kenal dia dan bila dia minta tolong mereka untuk jaga makan dia, semua sudi membantu kerana melihat keazaman yang tinggi memancar-mancar terang dari matanya. Dia juga tiada force darimluar untuk paksa dia makan itu ini secara halus. Mustahil untuk dia diet dengan makanan low carbs kalau di rumah setiap kali makan mesti nasi yang atau setiap kali lapar makan roti kerana itu sahaja ada di rumah.

Maka kita lihat di sini. Ramai individu mampu impress orang ramai yang tidak dia kenali atau baru dia kenali. Namun bagi rakan-rakan lama dan keluarga... kalau dia kuat merokok, kuat merokok-lah. Kalau dia kaki perempuan, kaki perempuan-lah. Kalau dia pisau cukur, pisau cukur-lah. Tidak akan berubah sehingga tiba-tiba datang depan mata memang 100% lain. Yang itu baru percaya sudah berubah. Atau datang tiba-tiba bawa anugerah macam-macam. Barulah nak percaya.

Kenapa susah sangat untuk keluarga dan rakan-rakan be on the same page with you? Kalau anda kata nak hilangkan jerawat, ibu bapa akan kata tak payah... nanti umur 20 tahun nanti hilanglah. Anda kata mahu beli barangan dari facial treatment boutique, kawan anda yang ada kulit putih melepak halus sehalus sutera itu kata buat apa beli mahal-mahal tapi tak berubah juga. Anda mahu kelihatan cantik dan menggiurkan atau tampan dan sasa, tiada siapa yang sanggup bersama-sama anda, membantu anda mencapainya dalam apa jua cara. Pada mereka setakat bantu sikit (sokongan dari vocal) sudah memadai.

Akhirnya anda terpaksa guna duit sendiri, cari sendiri, berusaha sendiri. Bila anda present-kan perubahan, baru mereka sibuk mahu tanya rahsia. Sewaktu ajak sama-sama tidak mahu. Nampak sangat tidak percaya kemampuan kita. Nampak sangat mereka sangka impian kita kolot dan tak masuk akal atau biasalah tu remaja... nanti dah dewasa sedikit, lain-lah cita-cita tu. Kalau tidak berubah juga? Ingat! Biar orang kata cita-cita kita mustahil selagi tidak mustahil bagi kita. Maka lebih mudah anda capai kecemerlangan dengan cara sendiri, gaya sendiri dari sibuk menunggu seseorang datang membantu. Apa lagi? Bergeraklah!

りゅたろ - Mesej ini ditujukan dari hati kepada yang berkenaan.

No comments: