Tuesday, May 31, 2011

Vloggers dan Vloggerette Popular Malaysia (part 2)

Assalamualaikum,

Baiklah sekarang saya bercerita mengenai vloggerette pula.

Sebenarnya wujud beberapa individu yang telah berada atau mem-vlog lebih lama dari vloggers. Antaranya C.S.D.P., Hana Tajima dan Maria Elena Zarul.

C.S.D.P. ini stands for Cikgu Shida Dari Parit dan sememangnya dia seorang guru. Bukan suka-suka hati letak nama dia Cikgu Shida tapi memang dia dipanggil Cikgu Shida di sekolah. Mempunyai hobi untuk miming lagu-lagu famous dalam versinya tersendiri di hadapan camera. Cikgu Shida akan pakai kostum, make-up dan mempamerkan mimik muka serta props yang mampu untuk meletakkan dirinya sebagai seorang pelawak. Namun gaya lawaknya lebih kepada Jihan Maharaja Lawak. Dan Cikgu Shida pernah keluar akhbar, muncul di rancangan bual bicara kerana hobinya itu.

Cikgu Shida as a cikgu waktu siang.

Thursday, May 26, 2011

Vloggers dan Vloggerette Popular Malaysia (part 1)

Assalamualaikum,

Perkataan 'blog' wujud secara tidak sengaja. Asalnya 'web log' yang di salah tulis secara sedar ke 'we blog'. Instantaneously, perkataan blog itu jadi famous. Namun lain ceritanya dengan vlog atau v-log. 'V' bermaksud video dan log tu... log lah kan? Bila digabungkan kedua-duanya jadilah vlog yang orang-orang bercakap sendirian (kadang-kadang in groups) di hadapan camera mengenai sesuatu perkara. Common thing to do di barat but it's a new thing di Malaysia.

Normally vlog akan di-upload ke Youtube dan anda boleh mencarinya dengan mudah. Vloggers dan vloggerettes juga biasanya datang dari group of bloggers dan bloggerettes. Individu dari blogosphere ini merupakan individuals yang ingin menterjemahkan pemikiran dalam bentuk tulisan. Vloggers dalam bentuk video. Lebih mudah untuk popular melalui vlog dan lebih mudah untuk dibenci melalui vlog.

Namun, populariti vlogging meningkat sedikit demi sedikit di Malaysia. Seperti yang famous ketika ini IniAnwarHadi, matluthfi90 dan aimanazlan90. Tiga individu yang berbeza, mempunyai intepretasi idea dalam bentuk yang berbeza, tahap creativiti yang cukup berbeza tetapi menggunakan medium yang sama.


Wednesday, May 25, 2011

Memang Patut Pun Begitu

Assalamualaikum,

Perasan tak, kita selalu berdoa kehadrat Illahi agar Dia turunkan rahmat, bantu kita dalam apa jua benda serta meminta diberikan macam-macam. Sedar atau tidak bahawa kita sebenarnya lebih doa dari usaha dan lebih dunia dari akhirat.

Contoh dalam issue Palestin. Bila Israel serang Palestin dulu tu, habis ramai-ramai solat hajat mohon Allah selamatkan Palestin. Kita masukkan kesejahteraan Palestin dalam doa. Kita boikot barang-barang. Tapi berhasil ke? Macam tak. Masih diteruskan lagi dengan semangat berapi panas membara seperti dulu ke? Tidak bukan?



Tuesday, May 24, 2011

Ingin Capai Sesuatu Tetapi....

Assalamualaikum,

Teringat saya kata-kata Puan Isni Isa kepada pelajar tingkatan 5 2010 di MRSM Kuala Kubu Bharu:

"Susah untuk awak terima apa yang Cikgu Zaidi cakap walaupun dia Guru Cemerlang sedangkan di luar sana tu, ramai yang memanggil-manggil dia untuk buat ceramah. Macam Cikgu Nizar juga. Sebabnya kamu semua kenal dia dan kamu rasa dia tidak hebat."

Puan Isni Isa, En. Zaidi Yaacob dan Tn. Hj. Nizar masing-masing merupakan Guru Cemerlang Sejarah, Biologi dan Bahasa Melayu. Ketika itu memang saya rasa kata-kata Puan Isni sangat-sangat tepat. Namun tidak pernah saya jangka bahawa mesej yang tersirat di sebalik untaian frasa-frasa beliau bergantungan 1001 makna.

Dalam dunia ini sering kali kita dengar: Don't judge a book by it's cover. Ramai yang berusaha mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sedar atau tidak, prinsip itu telah berjaya menutup kemas pintu-pintu hati kita untuk menerima perubahan dalam diri seseorang itu sehinggalah dia berjaya membawakan bukti-bukti sahih lagi konkrit untuk dipersembahkan kepada kita yang egois?

Sudah Tunjuk Tanda-Tanda

Assalamualaikum,

Mungkin ayat ini sudah biasa anda dan saya dengar, tetapi saya tertarik dengannya semalam.

"Kita kena rawat sistem bukan simptom"

Ayat simple tapi kalau fikir-fikir balik, luas maknanya. Yalah, dalam dunia hari ini bukan takat penyakit sahaja kita rawat simptom (betul okay! Most doctors tahu treat simptom sahaja sebab dalam.... nantilah cerita), hampir semua benda.

Contoh kalau penyakit asthma. Doctor normally akan rawat batuk and sesak nafas sedangkan itu simptom atau tanda-tanda yang muncul akibat sistem tubuh badan tidak mampu lawan virus atau bakteria yang buat seseorang itu asthma. Bukan dibunuhnya virus or bacteria tu. Dihilangkan pula simptomnya sedangkan virus still bermaharajalela dalam badan. Maka kenalah sentiasa mendapatkan rawatan bila simptom datang balik. Setiap rawatan berbayar pula tu. Hasilnya? You are not cured and the doctors are getting filthy rich!

Bukan semua doctors ok!

Sudah-Sudah Lah

Assalamualaikum,

Kita harus akur dengan lumrah alam yang kita tidak hidup di muka bumi Allah ini bersendirian. Paling kurang pun 6, 966, 543, 000 atau bahasa mudahnya 6.9 billion manusia bertebaran di seluruh dunia. Maka, keseluruhan hidup dan hayat seseorang itu memang akan bergantung kepada manusia sarwajagat. Tiada yang mampu hidup bersendirian tanpa companion walau seorang pada waktu yang lama.


Apabila sudah hidup dalam dunia yang penuh dengan homosapiens  ini memang menjadi satu kemestian untuk berlaku perbezaan pendapat, kehendak dan cara hidup. Sesungguhnya perbezaan itu bukanlah percanggahan dan perlanggaran namun hanya perbezaan.


Sunday, May 22, 2011

Pembaharuan Buat Kali Ke Berapa Tak Ingat

Assalamualaikum,

Bagi anda yang menjadi rakan-rakan saya di Facebook mungkin sedar yang saya dah lama bonar tak buka Facebook. Mungkin ada juga yang tahu kenapa. Well, sebabnya saya nak focus balik on my blog sebab memang lama gila tak update blog sejak balik PLKN. Itu pasal saya berazam untuk tidak buka Facebook selama sebulan. Dan setakat ini memang saya berjaya untuk tidak buka Facebook (pada phone tu Apps ok!). 

Dan dengan bangganya saya mempersembahkan anda.... rupa blog saya yang terbaru! Balik PLKN saya tukar URL, kini sepenuhnya saya telah buang imej Sekkai Sachikawa dari blog dan kehidupan saya. Saya juga harus mengingatkan kepada semua followers saya bahawa anda harus manage kembali following saya itu untuk mendapatkan updates terbaru di dashboard (SORRY!).

Secara jujurnya, kalau anda mahu tahu, template atau layout blog saya ini hanya ada satu dalam dunia. Hal ini adalah kerana, selain daripada reka letak gadget dan post di blog ini mengikut kehendak saya, saya juga memilih setiap warna bagi setiap benda dalam blog saya sendiri. Saya juga menggunakan font tulisan sendiri. Saya juga telah tukar tabs kepada drop down menu supaya anda mudah untuk baca articles saya mengikut segment (juga satu dalam dunia).

Saturday, May 21, 2011

Reunion Batch 2000 - 2005 Sek. Keb. Jln. Gurney (2)

Assalamualaikum,



Selasa

Saya diperlukan oleh Farhan Abdul Malek untuk menjadi salah seorang comitee Reunion Batch 2000 - 2005 Sek. Keb. Jln. Gurney (2) bersama Firdaus Ibrahim, Surya Jutawan Syamsi Affendi, Nurlisa Azizul dan Farah Sakinah Dato' Saad. Kami berjumpa di Outdoor Starbucks KLCC. Walaupun saya tidak memberi sumbangan yang besar namun harap-harap adalah juga. Jumpa Adib Fikri di DKNY Jeans, Isetan. Cari Abdul Ghaniy Muzmar. Tak jumpa.


Khamis

6.02 petang - Ayahanda jemput saya untuk beli Big Apple donuts atas permintaan project manager (Farhan) kerana mahukan dessert. Saya tiba di AEON AU2 dan main lalu sahaja depan setiap donut. Nampak yang macam sedap saya minta 3 tanpa tahu pun sedap atau tidak.

Friday, May 20, 2011

Terjaga

Assalamualaikum,

Maafkan saya kerana tidak mengetahui. Maafkan saya kerana sombong. Maafkan saya kerana melihat dunia melalui perspektif saya sendiri.

Apabila saya berada dalam lingkungan pelajar-pelajar elite, saya tidak sedar akan satu hakikat: dunia dipenuhi oleh individu-individu berbeza. Saya sudah hidup selama lima tahun bersama pelajar-pelajar pandai dan mungkin akan terus bersama golongan yang sama sepanjang lima tahun lagi. Saya hanya melihat kumpulan manusia ini mampu untuk mencapai pelbagai perkara dalam apa jua bidang yang mereka ceburi dengan kelebihan yang Allah beri tanpa saya fikirkan mereka yang di luar lingkungan.

Sama sekali tidak saya sedar bahawa bukan semua manusia dianugerahkan kecerdasan akal fikiran. Pernah saya terjaga seketika cuma, di PLKN. Namun wave of realisation itu tidaklah sehebat mana. Hal ini adalah kerana, dalam malam yang suram itu saya dikejutkan oleh nyalaan lampu pelita sahaja. Hanya cukup untuk menerangi ruang jangkauan tangan saya. No further.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 - Buku: Dunia Tanpa Sempadan

Assalamualaikum,

Masya-Allah! Panjangnya tajuk article!

Saya tahu saya sudah tersangat lambat untuk berbicara mengenai book fair ni, tetapi saya mahu teruskan juga (semangat). 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 - Buku: Dunia Tanpa Sempadan ini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011. Selalunya, apabila berada dalam keluarga yang SAYANG akan buku seperti keluarga saya, memang kami akan pergi. Cuma kali ini ada special request dari Adinda yang sedang belajar di sebuah sekolah berasrama. Maka kami hanya sempat datang pada 1 Mei iaitu hari terakhir.

Poster book fair.

Thursday, May 19, 2011

PETRONAS EduQuest Camp 2011 (part 4)

Assalamualaikum.

Sepanjang EduQuest ni yang wajib bawa alat tulis. Bawa alat tulis macam ketika menduduki peperiksaan SPM. Highlighter, calculator, basic stationeries dan invest dalam satu pen yang kelihatan eksklusif. Pen eksklusif itu tak semestinya mahal macam Parker yang biasa-biasa tapi menghampiri pen Parker sahaja pun sudah lebih dari memadai. Hal ini adalah kerana, pen itu perlu disematkan pada poket kemeja semasa interview. Baru nampak gah! Jangan lupa pakai jam besi atau tali hitam sahaja. 

Pen eksklusif Faber Castell.

Tuesday, May 10, 2011

PETRONAS EduQuest Camp 2011 (part 3)

Assalamualaikum,

Masih hari kedua.

Jadual pergerakan time petang ni sama sahaja macam waktu pagi where Group C kena gerak 1.20 petang sebab kena berada di Block B jam 1.30 petang. Group D pula jam 1.50 petang bergerak dari V2 kerana kena berada di Block B jam 2.00 petang. Kami yang dari Group A dan B ini bergerak pada waktu yang sama dengan Group D tetapi pergi ke Main Hall.


Apablia anda telah tiba di Main Hall pada jam 2, masuk dalam Main Hall dan penuhkan lines belah-belah kiri (senang nak diorang nak monitor). Kemudian anda akan diberi penerangan mengenai English Placement Test. EPT ni focus on grammar, vocab dan comprehension. Macam tests yang lain, it's objective! 50 questions to be answered in one hour.

Test ini conducted macam soalan 9 -15, paper BI (vocab or grammar) untuk dalam  first 20 questions. Alah, yang dia bagi article lepas tu dia blank-kan beberapa words and it is up to us untuk pilih A, B, C atau D. Lepas tu bahagian yang dia bagi full passage pula. Ini style summary punya passage dan literature punya passage tapi jawapan objective. Time ni, kena baca passage dia betul-betul untuk jawab soalan-soalan objective yang ditanya selepas itu. Normally soalan straight foward tapi jawapan yang tidak. Dia akan bagi soalan macam: "He then ____ out of the room.  A. Dashes  B. Ran  C. Zoomed  D. Jog" Haa pilih laa... (semua macam sama kan?)