Saturday, June 23, 2012

Satu...

Assalamualaikum,

Jujurlah kan, dah takde lagi benda yang wajar untuk aku katakan 'selari' dengan PERCHAHAYA: Radikal dan Liberal dalam kepala aku ni. Aku dah lama berhenti berfikir secara kreatif dan kritis seperti waktu aku sekolah-sekolah dulu. Sekarang dah takde apa yang mind-blown untuk aku ceritakan atau untuk aku ajak para pembaca aku sama-sama fikirkan dan kupas satu persatu isu-isu picisan yang aku ketengahkan.

Kadang-kadang aku rasa macam nak tinggalkan PERCHAHAYA: Radikal dan Liberal ni seperti apa yang anda lihat sekarang. Maksud aku, tiada pembaharuan, tiada penukaran. Kekal seperti sedia ada. Tapi aku rasa bertanggungjawablah pulak untuk mengisi ruangan yang ada selagi mampu.

Aku dah banyak kali terfikir untuk wujudkan satu blog baru yang di dalamnya aku tulis segala apa yang ingin aku tulis yang seboleh-bolehnya tiada langsung kaitan dengan PERCHAHAYA: Radikal dan Liberal. Aku juga tak begitu pasti dengan gaya penulisan aku sekarang. Almaklumlah, selama dua tahun meninggalkan alam persekolahan, sudah tiada apa lagi yang mampu untuk aku war-war kan sebagai satu kebanggaan atau kemahiran.

Kadang-kadang aku nak tulis secara lepas tangan. Kadang-kadang aku nak menulis dengan tatabahasa dan gaya bahasa Bahasa Melayu dengan betul. Tapi, aku sendiri tak pasti mana yang betul dan mana yang salah. Waktu-waktu lalu aku dah begitu diasah untuk menulis dalam Bahasa Inggeris sehingga aku kini boleh detect mana satu grammatical error dan boleh beritahu benda-benda yang berkait rapat dengannya.

Untuk tajuk post ini pula, aku pun tak pasti nak sambung dengan apa. Apakah ini satu pengakhiran untuk blog ini dan seterusnya satu fasa dalam hidup aku? Apakah mungkin ini satu permulaan untuk satu penaiktarafan bait-bait kehidupan yang bakal aku lalui? Apakah mungkin in satu permainan minda kerana telah lama aku bersenang-lenang dalam alam fatamorgana? Sekali lagi, aku pun tak begitu pasti.

Apa akan jadi lepas ni?


No comments: