Thursday, April 19, 2012

Encik Google

Berikut merupakan post yang ditulis tahun lepas tapi tak berjaya disunting dengan sebaiknya. Tapi aku post juga di sini. Harap maklum.









Assalamualaikum,

Saya sarankan anda tonton video-video ni dulu. Lepas itu barulah boleh scroll selow-selow kebawah.



Yang first tu taklah berapa nak seronok sangat tapi itu kira macam introduction kepada terjahan dan tujahan  maksima yang dilancarkan oleh video kedua. Scary sikit bila tengok video kedua tu sebab memang scary. Ya lah, tak tersangka-sangka akhirnya jadi bentuk begitu bukan.? Bagi yang tak berapa nak faham apa yang saya duk pokpek-pokpek mesti tak tengok video tu lagi. So, again. Please tengok video tu dulu then scroll selow-selow ke bawah.

Saya suka conspiracy dan conspiracy tak suka saya sebab bila dah banyak conspiracy saya tahu... alamatnya tak jadi conspiracy lagi dah. Maklumlah, mulut ni asyik nak bercakap sahaja kan?

Well kedua-dua video ini menyentuh mengenai privacy pengguna namun video pertama yang lebih menonjol dari segi itu. Email kena scan, cookies pun sama. Bukan cookies jilat-celup-makan ya. Jangan mengada-ngada nak buat-buat tertukar pula. Video pertama juga mengatakan Google bekerjasama secara undercover dengan US Government including CIA. So when Google have access to our information secara blatantly macam tu, tak rasa terancam ke?

Video kedua pula menakutkan terlebih sebab suara perempuan tu tersangatlah sweet dan sedap sehingga menjilat jari tak perasan pun organization of that kinetic typography. Then bila dia sibuk sugar coat everything dengan bahasa yang langsung tak accusing memang bila last-last tu macam kena penampar (guna kasut stilettos tahu. Tak nak kasut lain) berdas-das kat pipi. Sepanjang introduction of the video rasa best sebab baru tahu Google tu hebat sampai begitu sekali. Kaya, buat research pasal itu ini including health care. Then dia tunjuk products Google mcm Google Earth, Moon, Mars then genetics and what not. Kira macam time awe kejap because tak sangka Google ni buat macam-macam. Tiba jer saat 2.28 that wave of realization came.

Siapa tahu kan? Google Ads tu boleh bawa controversy sampai macam tu sekali. Minta-minta lah Nuffnang tak macam tu. 

Tapi kan bila fikir-fikir balik... betul juga. Dia lah yang provide semua benda. Sikit-sikit powered by Google. Sikit-sikit powered by Google. Nak duit betul juga. Nak grab all possible informations betul juga. Cumanya, saya tak berapa berminat dengan issue Google ni sebenarnya satu alat untuk Illuminati tahu apa kita suka or untuk bagi tahu Israel apa kita suka sebab tak nampak points dia. Bila cakap pasal products Google yang memang terang, jelas, nyata bahawa dia cover every single thing... terkedu sebentar di situ ya.

No comments: