Saturday, June 23, 2012

Satu...

Assalamualaikum,

Jujurlah kan, dah takde lagi benda yang wajar untuk aku katakan 'selari' dengan PERCHAHAYA: Radikal dan Liberal dalam kepala aku ni. Aku dah lama berhenti berfikir secara kreatif dan kritis seperti waktu aku sekolah-sekolah dulu. Sekarang dah takde apa yang mind-blown untuk aku ceritakan atau untuk aku ajak para pembaca aku sama-sama fikirkan dan kupas satu persatu isu-isu picisan yang aku ketengahkan.

Kadang-kadang aku rasa macam nak tinggalkan PERCHAHAYA: Radikal dan Liberal ni seperti apa yang anda lihat sekarang. Maksud aku, tiada pembaharuan, tiada penukaran. Kekal seperti sedia ada. Tapi aku rasa bertanggungjawablah pulak untuk mengisi ruangan yang ada selagi mampu.

Aku dah banyak kali terfikir untuk wujudkan satu blog baru yang di dalamnya aku tulis segala apa yang ingin aku tulis yang seboleh-bolehnya tiada langsung kaitan dengan PERCHAHAYA: Radikal dan Liberal. Aku juga tak begitu pasti dengan gaya penulisan aku sekarang. Almaklumlah, selama dua tahun meninggalkan alam persekolahan, sudah tiada apa lagi yang mampu untuk aku war-war kan sebagai satu kebanggaan atau kemahiran.

Kadang-kadang aku nak tulis secara lepas tangan. Kadang-kadang aku nak menulis dengan tatabahasa dan gaya bahasa Bahasa Melayu dengan betul. Tapi, aku sendiri tak pasti mana yang betul dan mana yang salah. Waktu-waktu lalu aku dah begitu diasah untuk menulis dalam Bahasa Inggeris sehingga aku kini boleh detect mana satu grammatical error dan boleh beritahu benda-benda yang berkait rapat dengannya.

Untuk tajuk post ini pula, aku pun tak pasti nak sambung dengan apa. Apakah ini satu pengakhiran untuk blog ini dan seterusnya satu fasa dalam hidup aku? Apakah mungkin ini satu permulaan untuk satu penaiktarafan bait-bait kehidupan yang bakal aku lalui? Apakah mungkin in satu permainan minda kerana telah lama aku bersenang-lenang dalam alam fatamorgana? Sekali lagi, aku pun tak begitu pasti.

Apa akan jadi lepas ni?


Thursday, April 19, 2012

Encik Google

Berikut merupakan post yang ditulis tahun lepas tapi tak berjaya disunting dengan sebaiknya. Tapi aku post juga di sini. Harap maklum.









Assalamualaikum,

Saya sarankan anda tonton video-video ni dulu. Lepas itu barulah boleh scroll selow-selow kebawah.



Yang first tu taklah berapa nak seronok sangat tapi itu kira macam introduction kepada terjahan dan tujahan  maksima yang dilancarkan oleh video kedua. Scary sikit bila tengok video kedua tu sebab memang scary. Ya lah, tak tersangka-sangka akhirnya jadi bentuk begitu bukan.? Bagi yang tak berapa nak faham apa yang saya duk pokpek-pokpek mesti tak tengok video tu lagi. So, again. Please tengok video tu dulu then scroll selow-selow ke bawah.

Saya suka conspiracy dan conspiracy tak suka saya sebab bila dah banyak conspiracy saya tahu... alamatnya tak jadi conspiracy lagi dah. Maklumlah, mulut ni asyik nak bercakap sahaja kan?

Well kedua-dua video ini menyentuh mengenai privacy pengguna namun video pertama yang lebih menonjol dari segi itu. Email kena scan, cookies pun sama. Bukan cookies jilat-celup-makan ya. Jangan mengada-ngada nak buat-buat tertukar pula. Video pertama juga mengatakan Google bekerjasama secara undercover dengan US Government including CIA. So when Google have access to our information secara blatantly macam tu, tak rasa terancam ke?

Video kedua pula menakutkan terlebih sebab suara perempuan tu tersangatlah sweet dan sedap sehingga menjilat jari tak perasan pun organization of that kinetic typography. Then bila dia sibuk sugar coat everything dengan bahasa yang langsung tak accusing memang bila last-last tu macam kena penampar (guna kasut stilettos tahu. Tak nak kasut lain) berdas-das kat pipi. Sepanjang introduction of the video rasa best sebab baru tahu Google tu hebat sampai begitu sekali. Kaya, buat research pasal itu ini including health care. Then dia tunjuk products Google mcm Google Earth, Moon, Mars then genetics and what not. Kira macam time awe kejap because tak sangka Google ni buat macam-macam. Tiba jer saat 2.28 that wave of realization came.

Siapa tahu kan? Google Ads tu boleh bawa controversy sampai macam tu sekali. Minta-minta lah Nuffnang tak macam tu. 

Tapi kan bila fikir-fikir balik... betul juga. Dia lah yang provide semua benda. Sikit-sikit powered by Google. Sikit-sikit powered by Google. Nak duit betul juga. Nak grab all possible informations betul juga. Cumanya, saya tak berapa berminat dengan issue Google ni sebenarnya satu alat untuk Illuminati tahu apa kita suka or untuk bagi tahu Israel apa kita suka sebab tak nampak points dia. Bila cakap pasal products Google yang memang terang, jelas, nyata bahawa dia cover every single thing... terkedu sebentar di situ ya.

Wednesday, April 18, 2012

Jujur Lah Kan...

Assalamualaikum.

Siyes aku tak tipu. Aku status conscious. Zaman sekolah dulu, untuk jadi antara orang yang kat atas tu, aku yakin dan percaya aku kena masuk banyak benda dan jadi yang terbaik dalam semua benda yang aku masuk. Akhirnya aku berjaya dikenali sebagai salah seorang manusia yang fasih berbahasa dan petah berbicara. Itu tak kira lagi penglibatan aku dalam silat, Kelas Cemerlang, Ketua COS dan sebagainya yang menyumbang kepada kenaikkan status aku.. Pendek kata, status aku meningkat sebab aku ambil bahagian dalam banyak perkara.

Semuanya bermula dari Tingkatan Dua bila ahli kelas aku push aku untuk jadi salah seorang dari debaters kelas atas alasan aku boleh berbahasa Inggeris. Tapi aku labelkan Tingkatan Tiga sebagai zaman kebangkitan sebab sewaktu itu baru aku mula menjinakkan diri dalam arena perbahasa, pidato dan silat secara serentak. Tingkatan Empat pulak aku labelkan sebagai Zaman Kegemilangan sebab siyesli banyak gila benda aku participet sewaktu itu. Bila aku mula perlahankan langkah sewaktu Tingakatan Lima, maka, kuranglah penglibatan aku luar kelas. Hasilnya, Tingkatan Lima aku label sebagai Zaman Kejatuhan.

Namun, sepanjang tiga zaman itu, aku berjaya kutip macam-macam kemahiran dan ilmu sehingga wujudnya aliran pemikiran kritikal dalam diri. Aku juga berjaya untuk menghampirkan diri aku ke hadrat Illahi sehampir yang aku mampu ketika itu. Aku juga berjaya untuk mencerna satu persona yang menyebabkan orang anggap pandangan aku merupakan pandangan yang adil dan antara yang terbaik dalam satu-satu perkara.

Namun, tidak lagi hari ini.

Duka cita dimaklumkan bahawa, individu yang anda kenal di atas itu bukan lagi saya. Ya, mungkin bagi sesetengah pihak, saya merupakan salah seorang dari pelajar yang mampu untuk memanifestasikan idea dalam bentuk bahasa yang baik dalam jangka waktu yang singkat. Ya, mungkin bagi sesetengah pihak, saya merupakan salah seorang pelajar yang berkemampuan untuk mencapai markah yang sederhana atas hasil usaha belajar beberapa jam sebelum peperiksaan sedangkan orang lain yang belajar berhari-hari sebelum, mendapat markah yang sama saya. 

Tapi, siapa yang lebih mengenali diri aku kalau bukan aku?

Hari ini, aku tengok diri aku macam lah aku ni gila rileks dalam banyak perkara. Pada hakikatnya tak. Hati dan minda aku bergerak seiring dan selari untuk menghampiri cahaya kejayaan hakiki tapi sayang, benda ni bercanggah dengan pergerakan dan perilaku aku. Hati aku sentiasa ingin rapat kembali dengan Allah. Hati aku sentiasa ingin mempamerkan sisi diri aku yang bagus (sekurang-kurangnya dari pandangan peribadi). Minda aku sentiasa merancang gerak kerja yang proaktif dan efisien bagi menjayakan misi dan visi hati. Minda aku sentiasa memikirkan natijah negatif yang bakal aku hadapi jika aku orak langkah dalam satu lembah kehancuran. 

Orang tak tahu itu. Yang orang tahu, aku ni malas, tak berapa nak kisah dengan pelajaran, memandang banyak perkara sambil lewa dan segala macam titik pandang yang seerti dengan yang tersenarai.

Aku pun tak faham kenapa aku jadi macam ni. Aku tahu apa yang aku kena buat. Aku tahu mehnah dan tribulasi yang aku bakal bersemuka dengan, kalau aku ambil jalan kiri. Aku tahu maslahat dan hikmah yang bakal aku rasai kalau aku ambil jalan kanan. Tapi mungkin atas dasar malas nak bersusah-payah, aku buat kerja ikut suka hati aku. 
Test of English as a Foreign Language (TOEFL) merupakan salah satu dari dua peperiksaan yang wajib diambil oleh mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Amerika. Bagi peminjam Pinjaman Pelajaran MARA, syarat lulus bagi TOEFL adalah 79/120. Sekali duduk TOEFL ini, seseorang itu mesti membayar USD170 bersamaan RM510. Terdapat empat bahagian dalam TOEFL iaitu Reading, Listening, Speaking dan Writing.
 TOEFL ni aku duduk pada 13 November tahun lepas. Insha Allah, aku ni bakal jadi pelajar antarabangsa yang mendaftar untuk Fall Semester 2012 di Amerika dan kebanyakan universiti yang menawarkan kemasukan Fall 2012 menutup tarikh pendaftaran pada 1 Mac yang lalu. Maka, aku pun mendaftarlah sebelum 1 Mac. Masalahnya, sampai sekarang aku tak hantar-hantar keputusan TOEFL aku ke universiti sedangkan keputusan ini sangat-sangat penting untuk memastikan aku mempunyai tempat di sana. 
Maknanya, kalau takde TOEFL, takde lah universiti yang terima aku. Bila takde universiti yang terima aku, maka tak mungkin aku akan ke Amerika untuk sambung belajar. Dan bila aku tak mungkin ke Amerika, sia-sia lah apa yang aku buat sepanjang setahun setengah di INTEC ni.
Sesungguhnya ada orang yang kena duduk TOEFL ini dua tiga kali sebab tak lepas syarat penaja. Sedangkan aku, Allah dah bagi aku markah yang tersangatlah baik. Kurang 11 markah dari keseluruhan markah penuh. Dan dua bahagian aku berjaya dapat 30/30. Tapi ada aku hantar? Sekarang dah 18 April dah.
Nampak tak yang aku tahu apa yang bakal terjadi tapi aku masih buat dek je. Aku pun tak faham kenapa. Punyalah ramai kawan-kawan yang duk beri ingatan dan paksaan tapi tak jalan-jalan jugak. Entah apa masalahnya aku tak tahu.

Jadi aku nak ingatkan korang yang duk pikir aku ni masih macam dulu bahawa itu benda yang dah lepas. Kemampuan dan kemahiran aku tu tak kekal pun dalam diri aku ni. Aku bukan lagi mamat yang hebat (sekurang-kurangnya dari pandangan peribadi) dalam menyusun atur program, menjadi tukang cakap dalam banyak benda, menjadi sandaran dan harapan para guru untuk sesuatu perkara, menjadi tempat rujukan dan kaunter pertanyaan rakan-rakan dalam akademik dan menjadi teman perbualan dan perbincangan isu semasa yang berat dan glokal.

Aku bukan lagi itu.

Aku kini insan biasa yang tidak pandai dan tidak bodoh. Aku tergantung antara duanya. Tapi banyak benda yang aku buat akan menjerumus atau sedang pun menjerumuskan diri aku ke dalam kawah kebinasaan akademik dan sosial.

Aku kini seperti itu.



Tiada Tajuk Khusus

Assalamualaikum.

Sesungguhnya, post terakhir saya di blog ini bertajuk: Please Answer the Question pada 11 Disember 2011. Ini bermakna dah 129 hari saya tak kemas kini blog dan 129 hari juga membawa maksud dah lebih empat bulan saya menyepi. 

Saya tak minat nak bagi alasan terhadap apa yang berlaku tapi saya rasa saya bakal bercerita juga. Tiada coretan yang berjela-jela panjangnya untuk post ini kerana saya hanya mahu beritahu sedikit sebanyak situasi blog ni ketika ini. Saya cukup yakin dan percaya bahawa anda boleh membuat deduksi sendiri bersandarkan apa yang anda lihat dalam blog ini. 

Tak perlu sebenarnya saya tulis post tidak bermakna ini melainkan untuk mengiyakan apa yang telah anda tahu.

Ambik kau... banyak gila perkataan 'ni'.