Wednesday, August 17, 2011

Kekuasaan-Nya

Assalamualaikum,

Ingat lagi cerita saya mengenai Langit Ilahi? Bagi sesiapa yang malas untuk cari article itu di search box, boleh lah click di sini. Pasti ramai yang tak berapa nak faham dengan apa hal pula tiba-tiba sahaja saya minat membaca karya Hilal Asyraf. Ramai juga tak berapa nak grasp the speciality of the 18th article.


Begini, article itu menceritakan perjuangan Rasulullah. Gaya penulisan Hilal Asyraf ketika itu sangat menusuk hati hati kerana dia suruh saya bayangkan, seorang manusia biasa, yang sanggup berlapar, sanggup luka sana-sini, sanggup kena caci, maki, hanya untuk pastikan Islam sampai kat kita hari ini. Kenapa? Sebab takut kita tak masuk syurga. Bayangkan, literally bayangkan, sekarang ada manusia seperti itu di muka bumi Allah hari ini. Lawan Amerika and Israel, kena sekatan ekonomi (tak boleh makan berhari-hari), kena pukul, kena baling botol kaca sampai berdarah-darah, kena sepak, lempang semua dangan orang-orang sekeliling. Yelah, bayangkan seorang lelaki keluar kat Bukit Bintang, tiba-tiba orang ramai kejar, bawa kayu, batang paip, botol kaca sebab nak pukul dia. Yang lain? Just tengok dan kata: "Itulah, bawa ajaran tah pape lagi.."


Dan baginda lalui semua itu kenapa? Sebab baginda nak kita, umat manusia 1400 tahun selepas hijrah, masuk syurga. Ada ke manusia macam tu? Sanggup kena macam-macam hanya untuk pastikan ajaran dia sampai beribu-ribu tahun akan datang? Untuk pastikan manusia in the future jadi lebih baik, tak macam bangsa sendiri? Ada manusia macam tu kat dunia kita sekarang ni? Kalau ada... gila lah!

Maka, bermula dari entry yang menceritakan perihal di atas-lah saya jatuh hati dengan Langit Ilahi. Saya terus baca dan baca dari hari ke hari. Sehingga satu hari, saya habis baca buku tersebut. Hati saya terlintas: "Ya Allah, dah habis dah buku ni ya Allah. Tapi aku tak puas lagi baca ya Allah. Ya Allah, tolonglah ya Allah, kau berilah pada aku bentuk-bentuk peringatan yang tidak henti-henti ya Allah."

Esoknya, sewaktu kelas Sejarah di Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) atas, Cikgu Normah ada mengingatkan kami tentang nilai-nilai Islam yang semakin luput dalam generasi ini. Esoknya pula kalau tidak silap saya, kelas lain. Dan perkara ini berulang-ulang sehingga satu jangka masa yang saya pun tidak begitu pasti.

Point saya cerita adalah untuk menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah, memakbulkan doa hamba-Nya dengan cara yang paling tidak kita sedari. Cuma, kita perlu ikhlas dalam melakukannya. Hadirkan hati yang betul-betul present. Bukan setakat sebab semua doa yang sama or so, tapi sebab memang kita nak. Ingat balik sewaktu nak ambil peperiksaan besar-besar dahulu. Pagi-pagi baca Al-Mathurat. Buat solat sunat rawatib, solat sunat hajat, baca doa panjang-panjang. Dan ketika itu, hati itu betul-betul hadir kerana kita mengharapkan sangat-sangat supaya Allah, makbulkan doa.

Sekarang, ada?

Sejujurnya, sewaktu saya berada dalam period membaca Langit Ilahi: Mari Menjadi HAMBA, Allah buka-kan jalan untuk semua benda yang saya lakukan. Hati saya tenang, perjalanan hari saya senang, perasaan gembira turut bertandang. Seriously, semua benda jadi best. Ketika itu, saya pernah merasa kemanisan iman sewaktu solat. Pernah saya rasa happy sewaktu bersolat. Sehinggakan selepas salam saya tersenyum-senyum sendirian kerana puas hati dapat solat.


Sesungguhnya saya rindu untuk berada dalam state yang begitu. Allah pernah jemput saya untuk berada dekat bersama-Nya. Saya pergi. Kini saya kembali. Saya telah belajar sesuatu. Saya tahu, tapi adakah saya mahu? Kuasa-Nya menjemput saya, memberikan peluang merasakan keseronokan solat, mentarbiah saya secara Islamik yang dinamik serta memakbulkan pula permintaan saya untuk terus belajar... cukup hebat. Banyak keajaiban telah Dia beri sepanjang saya berada di waktu itu.

りゅたろ - Sampai sekarang tak ada buku pertama.

1 comment:

Aku Normal said...

Alhamdulillah kita selalu diberi peluang tapi jarang sedar yang Allah sentiasa ada dekat dengan kita :)