Assalamualaikum,
Ingat lagi cerita saya mengenai Langit Ilahi? Bagi sesiapa yang malas untuk cari article itu di search box, boleh lah click di sini. Pasti ramai yang tak berapa nak faham dengan apa hal pula tiba-tiba sahaja saya minat membaca karya Hilal Asyraf. Ramai juga tak berapa nak grasp the speciality of the 18th article.
Begini, article itu menceritakan perjuangan Rasulullah. Gaya penulisan Hilal Asyraf ketika itu sangat menusuk hati hati kerana dia suruh saya bayangkan, seorang manusia biasa, yang sanggup berlapar, sanggup luka sana-sini, sanggup kena caci, maki, hanya untuk pastikan Islam sampai kat kita hari ini. Kenapa? Sebab takut kita tak masuk syurga. Bayangkan, literally bayangkan, sekarang ada manusia seperti itu di muka bumi Allah hari ini. Lawan Amerika and Israel, kena sekatan ekonomi (tak boleh makan berhari-hari), kena pukul, kena baling botol kaca sampai berdarah-darah, kena sepak, lempang semua dangan orang-orang sekeliling. Yelah, bayangkan seorang lelaki keluar kat Bukit Bintang, tiba-tiba orang ramai kejar, bawa kayu, batang paip, botol kaca sebab nak pukul dia. Yang lain? Just tengok dan kata: "Itulah, bawa ajaran tah pape lagi.."