Thursday, July 14, 2011

A Very Good Example

Assalamualaikum,

Saya baru tahu bahawa Joanne Kathleen Rowling mempunyai masalah depression yang teramat sangat akibat kematian ibunya. Kerana depression itu J.K. Rowling tidak mampu meneruskan kehidupannya seperti biasa. Bak kata tuan punya badan: "It is something that you cannot possibly feel because it is not a feeling. It is not sad bacause sad is an emotion. You can feel sad. But depression is beyond that. It is a situation where you are plunged into nothingness. You are soulless. Lifeless".

Bagi pembaca dan penonton siri Harry Potter yang movie franchise-nya telah pun berakhir hari ini, pasti kenal that kind of sensation. Perasaan ini dizahirkan melalui satu makhluk ciptaan J.K. Rowling. Makhluk ini berjubah hitam yang koyak rabak dan berpenutup kepala. Makhluk ini juga terbang dan makanan mereka adalah kesedihan manusia. Apa benda itu? Ya, Dementor. sungguh saya tidak sangka Dementor merupakan satu ciptaan hasil daripada realiti kehidupan J.K. Rowling.

Dementors

Friday, July 1, 2011

In The Know

Assalamualaikum,

Seumur hidup saya, saya tidak pernah kisah pun mengenai unit-unit beruniform di luar sekolah seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sehinggakan ketika mengikuti PLKN pun, saya tidak mendaftarkan diri dalam mana-mana pasukan beruniform seperti JPAM, PDRM, RELA serta Askar Wataniah. Saya tidak berminat langsung untuk menceburkan diri dalam bidang yang restrict my freedom of expression ni.

Saya juga merupakan seorang lelaki yang sangat suka membaca. Terutamanya novels. Bagi yang pernah baca article saya mengenai confession, anda tahu bagaimana taksubnya saya dengan buku. Bagi yang belum, anda boleh search 'confessions' di search box atau bacanya di sini. Jadi, saya membaca genre detective. Selama ini saya lihat itu sebagai entertainment. Tidak pernah sink in my heart that it is actually happening everywhere.

Setiap hari, kita akan bangun pagi, mandi, sarapan, lakukan tugasan... bekerja, belajar, menjaga anak orang dan sebagainya; balik rumah, tonton TV dan tidur. Typical and normal things to do everyday. Namun, sedarkah anda bahawa ada individu yang bertungkus-lumus sehingga berbunuh-bunuhan untuk memastikan anda dapat meneruskan hidup anda seperti itu setiap hari?

Cubaan Budak Lelaki 7 Tahun Membunuh Ibu Sendiri

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini saya sudah mula menjinakkan diri untuk menonton Oprah di channel DIVA Universal saluran 702 di Astro (saya tahu... saya noob). Insha Allah setiap petang, selepas solat Asar dalam jam 6.05 minit petang Oprah Farewell Season akan ke udara. Saya belajar banyak benda dari rancangan bual bicara tersebut. Banyak issue yang buat saya berfikir tetapi banyak juga saya tidak berapa faham.

Tadi Oprah membincang satu issue yang sangat menarik. Sangat-sangat menarik. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya ialah: "What would you feel, if someone do not want you to live? Now imagine, it is your own 7 year old son". Ya, Oprah membawa sebuah kisah tragik seorang budak lelaki yang berumur 7 tahun yang berjaya memegang pisau dapur dan bersedia untuk menikam ibunya sendiri. Bayangkanlah, budak-budak darjah satu yang anda lihat di sekolah rendah itu, sudah mampu untuk membunuh wanita yang mengandungkannya.

Gambar hiasan.