Saturday, October 30, 2010

TRiBULASi... (prologue)

Assalamualaikum,

Hmm... Lama sudah rasanya tidak meng-update blog ni. Yelah, sekarang ni memanjang je duduk di maktab... mana-lah ada masa nak turun ke PSP and then isi list nama (lama sgt x buat sampai rasa mcm dah berkurun lamanya x on komputer maktab) kemudian tunggu account makatab kita on lagi... pastu beberapa saat sebelum masa yang diperuntukkan tamat, baru-lah internet dapat diakses sbb perkhidmatan di situ sememangnya selambat-lambat yang mungkin.

Ketika post ini ditulis, SPM hanya tinggal 24 hari shj lagi... bersamaan dengan 3 minggu dan 3 hari.. memang x tersangka dan terjangka yang dlm 3 minggu ini, penentuan kehidupan Sachi kelak akan datang bertandang tanpa diundang. Ligat juga otak ini berfikir dan minda ini menerewang. Wujud ke perkataan menerewang? Rasa macm pernah dengar Bonda menyebutnya... tapi biarlah. Wallahu Alam. Berbalik pada penceritaan-memang berkali-kali juga Sachi terfikir akan apa yang  Sachi akan lakukan selepas SPM.

Kalau nak dihitung satu-persatu... tersangatlah banyak. Fotografi? Lesen memandu? Bakery? Tutoring? Membaca Gedung Ilmu? Menghabiskan masa bersama Ayahanda, Bonda serta Adinda-ku sekalian? So many things to do and so little time to do it! Walau apa pun Allah dah tetapkan 24 jam itu cukup untuk semua manusia. Apabila Sachi mampu merangka dan melaksanakan perancangan masa yang jitu sperti yang dilakukan Rasulullah satu masa dahulu, nescaya sempat.


Tetapi... masa yang Sachi ada telah di-cut short. Mengapa? Pada 2 Januari 2011 Sachi akan mendaftar di salah satu kem PLKN di Malaysia ini sebagai pelatih dan hanya akan kembali ke kampung halaman pada 13 Mac 2011... tepat 69 hari selepas mendaftar. Maka, masa yang Sachi ada harus digunakan lebih untuk bersama keluarga tercinta kerana dah 5 tahun Sachi berenggang bersama mereka... Bagaimana ya? Moga-moga mendapat bantuan dari Illahi.

Perkara yang menyerabutkan akal Sachi yang sudah sedia serabut ini adalah: Mengapa Sachi sibuk memikirkan hal ehwal selepas SPM dan bukan SPM itu sendiri? Satu persoalan yang mungkin Sachi tahu jawapannya tetapi hati ini cukup degil, angkuh lagi ego untuk menyatakannya. Tidak kira-lah apa pun alasan yang dihujahkan namun hal ini tetap tidak mahu berganjak seperti rancangan untuk membina Menara Warisan Merdeka. Biarkan hati ini sendirian nescaya Sachi sesat.

さちかわ- Adakah aku berfikir terlampau banyak?

No comments: