Assalamualaikum.,
Antara keputusan Sachi yang paling Sachi regret adalah tidak mengambil subject kesepuluh iaitu Pendidikan Seni Visual. Hal ini disebabkan oleh:
- Betapa mudahnya untuk score PSV
- Boleh buat batik buat kali ketiga dalam kehidupan
- Mempunyai masa yang diperuntukkan khas bagi menjana idea-idea kreatif yang fresh
- Bonus bagi menaikkan points apabila mahu mengapply kerja (interview)
Maka awal tahun hari tu, sedih jugalah rasa ketika Cikgu Zaiton Bt Dawi mengatakan bahawa dia agak kecewa atau sedih disebabkan oleh ketidakmahuan Sachi ambil seni. "Such a waste" katanya. Memang bila difikir-fikirkan semula... teruk jugalah Sachi ni! Tidak percaya dengan kemampuan diri sendiri.
Kata Cikgu Zaiton lagi, pada awal kemasukan Sachi ke maktab tidaklah menampakkan kemampuan Sachi dalam seni tetapi semua kebolehan mula terserlah ketika tingkatan 4. Namun Sachi mahu membangkang sedikit di situ. Sachi telahpun mula berjinak-jinak dengan dunia seni ini sejak kecil lagi. Ketika sekolah rendah, sewaktu peperiksaan akhir tahun subject PSV, Sachi ada menghasilkan satu anyaman tikar dari kertas warna yang sebelah colour putih, sebelah lagi colour-colour (shiny di situ ye!).