Saturday, April 2, 2011

MAHARAJA LAWAK 1

Assalamualaikum,

Baiklah, saya rasa terpanggil untuk mengutarakan pendapat saya terhadap rancangan realiti TV yang baru sahaja selesai dalam pukul 12 tadi, Maharaja Lawak.



Saya bukanlah peminat rancangan realiti TV Astro kerana pada saya ianya tiada umph! Seperti AF, saya hanya ikuti sampai... Faizal rasanya (apa cerita ya dia sekarang?). AF 4 ek? Lupa dah. So, the same goes to Raja Lawak. Just ikut sampai season 2 sahaja. Yang lepas-lepas tu buat don't know. Tapi untuk Maharaja Lawak is different. Sebab dia gabungkan habis semua pelawak-pelawak dari musim 1 sampai 5 yang baru habis.


Ok, secara kasarnya... Maharaja Lawak tadi percubaan yang bagus untuk entertain rakyat Malaysia. Cuma kalau berterusan seperti itu, Maharaja Lawak mungkin tidak jadi show pilihan untuk ditontonkan kerana dia lawan dengan Mega Movie di TV3


Lebih-lebih lagi kena ambil pakej Mustika. Ramai rasanya rakyat Malaysia yang tak ambil Mustika tu, sebab setakat Astro Prima, Astro Ria, Astro Oasis, Astro Ceria dan banyak lagi Astro yang normal ada sudah memadai. Strategi untuk naikkan Mustika nampak di situ. Cuma tidak berapa menarik.


Selesai secara keseluruhan... sekarang nak tembak satu-satu.

First and foremost is Jambu. Memang dari dulu lagi saya minat Si Yus. Teringat lagi bila dia jadi budak spastik. Dia cakap: "Jinkalewaaa Jinkala" banyak-banyak dan dia juga cakap: "Tet! Masa da tamat". Untuk pandangan saya, Jambu dah buat satu performance yang paling baik dari semua peserta malam ini kerana masuk-masuk sahaja audience dah gelak. Then bawak gaya Dato' pula tu... Lagi pun, idea-idea dari Jambu nampak pure. Macam tiada ditiru sangat dari realiti. Mungkin part bual bicara style Aznil or AC...

Yus time Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim Satu

Second, XN3 (paling susah nak baca sebab dalam kepala sebut: eks, en, tri). Group ini walaupun saya memang tidak minat sejak musim dua, tetapi mereka berjaya sehingga ke final hari tu. Dan memang punch line dia yang: "Tepiiiii!" dan "Kita bako je..." dari Hantu Kak Limah Balik Rumah sangat menjadi sebab benda tu masih fresh (apa agaknya kata Mamat Khalid?). Saya tergelak habis! Memang gila-gila punya gelak. 


Third, Jozan. Satu gandingan yang secara jujur-nya saya BENCI dari dulu sebab kuat mengutuk orang. Macam tadi, part: "Eh, gambar Nabil berciu.....gambar Nabil bercuti!!" Dah mengutuk dah. Time last tu, Si Zizan ada sentuh pasal gelang. Haaa kan dah kena dengan AC sebiji. 

Apa-apa pun saya rasa Jozan berjaya juga buat saya gelak sekuat hati. Tidaklah menghampakan. Mungkin bagi peminat lawak mereka agak hambar tetapi bagi saya sudah bagus. Dan mungkin ya, Johan tidaklah seberapa menonjol kali ini. Dan part yang paling saya suka is yang Zizan cakap: "Bang (Mamat Khalid), Kak Limah Balik Rumah 2 saya nak bang!"


Forth, Nabil. Haaaaa... Nabil ni satu topik yang menarik (bagi saya lah). Kalau anda perasan, dari musim dua lagi kekuatan Nabil adalah pada penonton. Nabil jenis kuat bertanya untuk pastikan penonton fokus pada dia. Dia takut penonton tidak dapat apa yang dia nak sampaikan. Macam tadi, part: "Korang mesti nak tahu kenapa aku kena lempangkan?" Then, ada seorang mamat jawab: "Nak!". So, dia rasa safe


And kalau anda perasan, sepanjang Nabil buat lawak sebelum bunyi loceng, kita tak banyak gelak. Bila dah bunyi loceng pun sama. Kita start gelak betul-betul bila AC dah keluar and cakap: "Den nak tengok jugak cemano ekau koncing!" and Nabil pun teruskan cerita. 

Lepas tu ditambah pula dengan Apek cakap: "Tonga! Tonga!" and Nabil balas "An, an, an!" Lagi-lah audience terbahak! Then Nabil cerita pasal macam mana belt dia tu boleh pakai time kalah judi pun orang gelak. Nabil cerita cara guna belt tu time kat highway pun orang gelak.


Kira macam lepas masa tamat baru kita semua gelak sehabis mungkin. And kalau anda perasan juga, bila kita gelak untuk belt kalendar tu, muka Nabil memang nampak lega sangat sebab kita AKHIRNYA gelak. Dan yang paling kesian is, time zaman dia punya Raja Lawak, mana ada masa. So, boleh buat lawak selama yang mungkin. Tapi sekarang...

Fifth, kumpulan Sepah. Satu kumpulan yang memang sangat asing bagi saya tapi berjaya dalam membuat lawak! Memang saya tak sangka part Friskies! Macam nak terburai isi perut ni haaaa gelak! hehe... Saya memang harus puji doktor tu-lah. Berjaya bawa watak walaupun ada rupa Azlie Senario.


Sixth, Alex, Jihan, Amir dan Man. Semua solo dan semua bosan. Especially Amir. Memang saya tak sangka boleh masuk! Jihan tu OK-lah juga, better than Alex tapi... memang dalam kalangan worst-lah. Including Wai. Untuk saya, baiklah mereka keluar awal kalau tidak perbaiki mutu persembahan.




              

Seventh, Balas dan R2. Kedudukan mereka pada saya sama. Tidak terlebih lawak dari yang lain. Tidak juga membosankan. Kalau dibuat penambahbaikan ketara, pasti mampu kalahkan pelawak-pelawak yang lain.



Eighth, tema lawak. Bagi sesiapa yang dah baca Pancaindera (sisipan hiburan dalam Mingguan Malaysia), ada individu yang cakna dengan tema Raja Lawak. Pada hemat individu tersebut tema yang berbaur lucah adalah tidak sesuai kerana anak-anak kecil turut menonton rancangan ini. Dia juga ada kata yang juri tak tegur. Seperti tadi, apa yang anda dapat? Burung dan dua pau.


Ninth, ramai dari kalangan peserta Maharaja Lawak ini terpaksa pakai issue yang serupa. Antaranya issue Takut Tak Lawak dan Diri Sendiri. Yang Tak Lawak atau Gelak Ikhlas itu Wai ada pakai, kalau tak silap R2 pun pakai juga. Yang Diri Sendiri macam Zizan: "Bolos saja dinding itu!!" dan Nabil: "Mestilah korang nak tahu. Korangkan ambik berat..."

Tenth, secara kolektif... group lebih baik dari solo. Gelanggang Maharaja Lawak 1 ini bukan persembahan terbaik mana-mana peserta.

りゅたろ - Mana Cham??
Kiri: Azrul Kanan: Along

2 comments:

cAhaY@ SoLEhAh said...

yup... mane CHAM??? huhuh... kalo doirang ader mesti lgi meriah kan...

yg EIGHT tu betul sgt2.. xbgus owh nk msukan unsur2 lucah cmtu....

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

anaainies coklet lurve., huhu,, sgt suka Cham.,!!

n mmg kita tak suka unsur2 lucah., tpi teruskan juga dirog tuh., huhu,,