Monday, April 25, 2011

PETRONAS EduQuest Camp 2011 (part 1)

Assalamualaikum,

Buat apa nak minta maaf sebab lama tak update? Sooo... lame.

Okay straight to the point. Bagi rakan-rakan di Facebook mungkin ramai yang tahu bahawa Rabu dan Khamis minggu lepas saya bersama Fatin Syahirah Baharuddin dan Ahmad Faiz Hasan Basri menghadiri PETRONAS EduQuest Camp 2011.




Memandangkan ramai yang sibuk tanya saya mengenai apa yang berlaku sepanjang EduQuest itu, maka saya coretkan di sini sedikit pengalaman, pembelajaran dan penerangan mengenai apa yang telah saya lalui dan berlaku sepanjang kem. 

Suka saya ingatkan kepada anda bahawa, perjalan setiap EduQuest Camp tidak sama kerana jumlah hari yang berbeza serta tujuan camp itu dijalankan juga berbeza.

Basically, EduQuest ini ada TIGA. Pertama EduQuest Camp untuk candidates yang ingin Penajaan Pelajaran PETRONAS ke luar negara. Kedua, EduQuest Camp untuk candidates yang ingin Penajaan Pelajaran PETRONAS ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Dan ketiga ialah EduQuest Camp untuk candidates yang ingin ke UTP tetapi bayar sendiri (private).

Kenapa yang private pun kena ada EduQuest? Well, UTP merupakan universiti swasta terbaik Malaysia., dan merupakan universiti ke-6 terbaik Malaysia secara keseluruhan. Mereka mementingkan quality rather than quantity. Maka, mereka akan memilih canditates yang tidak terlalu pandai, dan tidak terlalu kurang pandai untuk dijadikan antara 5000 pelajar (IPT biasa ada sampai belas-belas ribu).

Okay, pada hari pertama, pendaftaran berlaku pada jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi di Village 2 (V2), tetapi kalau lambat sikit pun tak mengapa. Sewaktu pendaftaran, saya dapat name tag dan kunci bilik. Saya dapat bilik single kerana datang seorang. Normally anda akan dapat bilik double lah.

Kemudian bila jam 10.00 pagi kena pergi Chancellor Hall untuk Majlis Perasmian. Ibu bapa dijemput hadir. Di dewan ini, candidates disuruh untuk naik dan duduk di atas which may be setinggi 4 tingkat (bayangkan macam mana nak tengok orang kat bawah). Ibu bapa pula duduk bawah. Oh ya, divider tingkat itu kaca ya! Seating dalam Chancellor Hall ini seperti di PAnggung WAyang GAMbar (pawagam).

Pandangan tepi. Yang bawah tu, parents duduk.
Pandangan dari atas. Tempat ini lah candidates duduk.
Sepanjang majlis tersebut (sehingga jam 12.00 tengah hari), anda akan dengar Naib Canselor which is Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim (yang officiate Graduasi 2010 untuk MRSM K. Kubu Bharu) menerangkan macam-macam. Kemudian dengar pula penerangan mengenai UTP. dan boleh bersurai untuk ke V2 bagi makan tengah hari.

Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim
Kemudian sambung jam 2.00 petang hingga jam 4.00 petang di Chancellor Hall untuk penyerahan dokumen. Ramai yang mengeluh bab ini. Sebab ramai yang tak sangka sijil-sijil mereka yang banyak itu tidak berguna langsung. Apa yang mereka perlukan adalah salinan:
  1. Surat Beranak Pemohon
  2. Kad Pengenalan Pemohon
  3. Slip keputusan SPM
  4. Sijil-sijil ko-kurikulum yang menyokong butiran dalam borang permohonan
  5. Surat Beranak Bapa
  6. Kad Pengenalan Bapa
  7. Surat Beranak Ibu
  8. Kad Pengenalan Ibu
  9. Slip Gaji Bapa
  10. Slip Gaji Ibu.
Mesti cukup semua dan disahkan. Perkara nombor empat itu yang paling bermasalah. Hal ini adalah kerana dia kata ada sijil berhenti sekolah sudah memadai sedangkan ramai yang pergi fotostat sijil itu ini bagai.

Contoh, kalau anda ada letak anda wakil bola sepak peringkat negeri dalam borang permohonan on line, sertakan sijil tersebut. Jika anda kata anda AJK kelab, sertakan sijil tersebut. Dalam borang permohonan on line, hanya ada lima tempat kosong sahaja. Maka, lima sijil sahajalah. 

Bagi yang mempunyai semua butiran-butiran ko-kurikulum tersebut dalam sijil berhenti sekolah atau surat akuan (testimonial), bawa salinan yang itu sahaja sudah memadai. Jangan lupa untuk disahkan sudah. Satu kerja pulak nanti.

Dari jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam, acara bebas. Anda bebas untuk kemana sahaja, dalam apa jua pakaian. Tak semestinya kolar, tuck-in, kasut, seluar panjang. Tetapi sebaik-baiknya, sandal, seluar panjang, baju kolar lah. Mudah untuk masuk mana-mana. Gunakan masa ini untuk menjelajah UTP yang sangat besar itu.

Jam 8.00 malam sehingga jam 10.30 malam pula masa untuk Mathematics and Science Test bagi yang mengambil Bachelor of Engineering, dan Mathematics Test sahaja untuk yang ambil Bachelor of Technology seperti saya. Soalan standard SPM. 30 soalan objektif mesti dijawab dalam masa satu jam di Main Hall atau Dewan Besar (macam kat MRSM lah pula).

Pandangan dari pentas di Main Hall (DB dia sejibik DB MRSM KKB... cuma ada air-cond)
Untuk Maths Test yang saya duduki, 25 soalan pertama adalah Additional Mathematics yang berkaitan dengan function, differentiation, maximum point, minimum point, midpoint, parallel line, linear inequalities, probability, dan beberapa lagi yang saya tak ingat. 5 soalan terakhir ialah Modern Mathematics yang terdiri dari, earth as a sphere, matrix, statistics, angle-angle yang ada diagram dan variations.

Dalam jam 9.15 malam semua selesai dan tiba masa untuk mengetahui kumpulan interview keesokkan harinya. Ada empat group besar iaitu A, B, C dan D. kemudian setiap group akan dipecahkan kepada 21 panels (maximum). Setiap panel ada dua assessors (peng-interview) which normally satu lelaki satu perempuan. Dan dalam setiap panel akan ada 5 orang yang ditemuduga (maximum) bagi setiap kumpulan besar.

Nak tahu lebih lanjut? Pergi EduQuest Camp 2011 (part 2).

りゅたろ - Kembali menerang

No comments: