Tuesday, November 16, 2010

TAKERS (Spoilers alert)

Assalamualaikum...

Sabtu minggu lepas saya dan rakan-rakan (group C.O.S.) mengikuti programme Inspirasi C.O.S. yang diadakan di Hotel Crystal Crown, Kepong. Unique-nya keseluruhan aktiviti kami hanyalah untuk bersantai-santai. Maka sebelum bergerak balik, kami menonton filem Takers di BigCinema, Brem Mall, Kepong (yang terletak betul-betul di sebelah Crytal Crown).

dan...

movie tersebut memang superb! Gila-gila punya superb! Memang best gila-lah!!

Cerita dimulakan dengan beberapa orang lelaki datang berkumpul disebuah rumah (kot) yang masing-masing tengah undercover. Then diorang rompak bank. Tiada aksi yang menaikkan suspense penonton sehingga berlakunya rampasan helicopter. Memang cool gila gaya AJ (Hayden Christensen) merampas  press helicopter tersebut. Then bila perompak-perompak yang lain dah naik helicopter diorang chow macam itu sahaja. Relax betul!


Lepas itu bermulalah kisah penceritaan pakcik- pakcik Takers ini. Gordon Cozier mempunyai kakak yang drug addict. Jake dan Jesse (Chris Brown) ingin membina sebuah mansion untuk bapa mereka. John (Paul Walker) swam secara bogel dalam kolam yang ada dua orang pompuan dalamnya. AJ pula main piano untuk iring detik-detik romantis antara Jake dan Lilli (Zoe Saldana). Penceritaan watak Ghost (T.I.) dan lain-lain bermula selepas itu.

Hendak dijadikan cerita, Ghost dilepaskan dari penjara dan mencari kembali rakan-rakan dia (Hommies). Katanya ada satu rompakan terbaru untuk dilakukan tetapi AJ, Jake, Jesse, John dan Gordon tidak yakin untuk menerima kembali Ghost dalam kumpulan mereka. Antara alasan mereka adalah takut Ghost balas dendam setelah mengetahui bahawa Gordon ambil alih tempatnya sebagai ketua dan kekasihnya dirampas oleh Jake. Namun akhirnya mereka setuju.

Process rompakan seterusnya memerlukan bahan letupan buatan Russia yang bernama C-4. Babak untuk mendapatkan C-4 ini tersangatlah best kerana ketika itulah AJ yang halus sahaja badan dia dapat beraksi dengan menumbuk, menendang, mempelangkung, memukul dan macam-macam lagi 'me' yang ada di dunia ini dengan tiga orang mamat berbadan sasa lagi besar. *Violence alert* Tetapi babak tersebut sememangnya realistic!

Berlaku sedikit conflict sewaktu rompakan trailer yang memuatkan 30 juta USD yang dicadangkan oleh Ghost. Ketika mereka lari dengan duit-duit tersebut, sangkutlah pulah seorang ni (Jesse). Dua orang polis yang ditugaskan mengejar Takers ini sejak dahulu sehingga bila-bila dapat track-lah pulak di mana si Jesse ni nak keluar  (stesen LRT). So, berlaku adegan kejar-mengejar yang memaparkan kemampuan Chris Brown dalam parkour. Memang adrenaline membuak-buak ketika itu.

Ada satu part yang Jesse tepaksa melompat antara satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Memanglah pakcik itu lompat... tanpa tali! Then dia rasa cara paling cepat untuk turun kebawah adalah  membiarkan diri dia hanging dengan bepaut pada tebing parking building itu then lepaskan diri supaya jatuh. Tetapi dia cepat-cepat berpaut pada tebing floor bawah. Memang gila!

Bila dia sampai di hotel tempat yang lain-lain tunggu... bermula-lah process penceritaan. Tiba-tiba AJ yang sedang berada dekat dengan pintu kena tembak dari luar dengan shotgun! Nasib baik kena sipi-sipi sahaja. Rupa-rupanya Russian menyerang. So adegan tembak-menembak pun bermula. Sampai sekarang tidak boleh terima kenyataan bahawa AJ mati time itu. Gosh! He's just too damn handsome to be killed.

then the story go on and on.. blah, blah, blah.. (malas kekurangan masa...)

Sehebat mana pun karya seseorang itu, ada juga flaws dia. First, kenapa Ghost, Gordon, John, Jake, Jesse, Lilli, Hatcher, Naomi dan semua yang lain ada backstory masing-masing tetapi tidak AJ? Kita dapat tengok rumah dan personality yang lain membentuk sepanjang movie tetapi AJ? Just dia ada tatoo baru, main pioano, hisap rokok, suka pakai topi ala-ala Justin Timberlake, naik kereta sport, kecil-kecil cili api dan bijak na'uzubillah... itu sahaja? Orang lain... menggunung backstory-nya.

Second, pening kepala nak tahu mana satu dia punya climax cerita. Banyak sangat suspense yang muncul sehingga semua suspense berada di tahap yang sama. Bukan sepatutnya climax merupakan tempat paling suspense dalam sesebuah penceritaan? Jadi, climax Takers di mana? Rompakan? Jesse lari? Russian serang bilik hotel? atau sewaktu Ghost nak bunuh Gordon? Berpinar-pinar mata ini haa..

Third, awat la depa dak tengok btui-btui scene depa? Apasal pulok doh si AJ tu tibo-tibo saja aih tutup mato? Tak dok ribut, tak dok hujan... tau-tau mata dah ter tutup. Yalah, awal-awal ketika Jake datang sebelah mayat AJ.. camera roll dari atas and kita nampak yang AJ membuka mata. Bila camera roll dari tepi untuk tunjuk Jake pegang tangan AJ then naik atas balik, mata AJ dah tertutup. Pelik-pelik... scene mana? Scene after tembak menembak di bilik hotel.

Apa-apa pun berikan tepukan gemuruh bagai guruh berdentum-dentum pada pengarah kerana scene di hotel itu memang-sememangnya gila-gila tahap dewa-dewi. Sound effect dia... PERGHH!!! Terbawa-bawa sampai keluar pawagam wa cakap sama lu... Then hendak kasi grafik lawa sikit, diorang tembak menembak kena bantal and katil... so, bayaklah kekabu dan bulu-bulu beterbangan.. memang scenic!

さちかわ- Mempunyai rakan bernama Melor..

No comments: