Sunday, October 31, 2010

TRiBULASi (epilogue)

Assalamualaikum.,

Antara keputusan Sachi yang paling Sachi regret adalah tidak mengambil subject kesepuluh iaitu Pendidikan Seni Visual. Hal ini disebabkan oleh:
  1. Betapa mudahnya untuk score PSV
  2. Boleh buat batik buat kali ketiga dalam kehidupan
  3. Mempunyai masa yang diperuntukkan khas bagi menjana idea-idea kreatif yang fresh
  4. Bonus bagi menaikkan points apabila mahu mengapply kerja (interview)
Maka awal tahun hari tu, sedih jugalah rasa ketika Cikgu Zaiton Bt Dawi mengatakan bahawa dia agak kecewa atau sedih disebabkan oleh ketidakmahuan Sachi ambil seni. "Such a waste" katanya. Memang bila difikir-fikirkan semula... teruk jugalah Sachi ni! Tidak percaya dengan kemampuan diri sendiri.

Kata Cikgu Zaiton lagi, pada awal kemasukan Sachi ke maktab tidaklah menampakkan kemampuan Sachi dalam seni tetapi semua kebolehan mula terserlah ketika tingkatan 4. Namun Sachi mahu membangkang sedikit di situ. Sachi telahpun mula berjinak-jinak dengan dunia seni ini sejak kecil lagi. Ketika sekolah rendah, sewaktu peperiksaan akhir tahun subject PSV, Sachi ada menghasilkan satu anyaman tikar dari kertas warna yang sebelah colour putih, sebelah lagi colour-colour (shiny di situ ye!). 


Bagi orang lain, apa yang harus dilakukan ialah potong kertas warna yang besar itu sebesar 3 cm hingga 5 cm bagi setiap satu strip. kemudian kita anyam pada kertas lukisan yang telah ditoreh mengikut skala yang sama. Dek kerana tidak suka kepada persamaan tetapi cinta akan keterbezaan, Sachi pergi menyusahkan diri dengan memotong empat kertas warna itu dengan saiz 2 cm lebar. Hal ini adalah kerana Sachi mahu anyam dua kertas warna berbeza sekali. Target size.... muat untuk Sachi duduk melunjur. Masa yang diperuntukkan hanyalah 1 jam setengah. Maka tiadalah dapat Sachi menyiapkannya.

Ketika tingkatan 3 pula, ada projek Pendidikan Seni Reka yang memerlukan kami membuat mosaic. Maka, buat pertama kalinya Sachi menaiki motorsikal di kota mertropolitan Kuala Lumpur bersama Ayahanda. Takut! Yelah, pantang tuk nenek tujuh keturun Sachi kalau naik kereta tidak berseat-belt. Naik motor? Urgh.,!! Cari punya cari dapatlah segala benda yang diperlukan. Hasilnya? Orang lain punya saiz sebesar A4... Sachi punya sampi separuh paha.. tinggi dan lebar mosaic tu. Orang lain pecahkan jubin., Sachi susun selamba sahaja.

Sekarang, ramai orang di sekeliling Sachi baru membuka mata bahawa Sachi hebat dalam dunia seni. Lihat sahaja kemampuan Sachi dalam lukisan. Sachi menjadi pelopor bagi melukis menggunakan oil paint di maktab... dalam skala besar pula itu! Sachi juga berjaya membuktikan rekaan pakaian Sachi memang berkualiti dan diminati kerana rekaan Sachi telah menang anugerah E-Fabulous ketika E-Nite dan tercalon bagi anugerah Tentunya Teruna Tertampan ketika Jamuan Akhir Tingkatan Lima. Ramai yang terkejut dan memberikan puji-pujian.

Sachi juga diberi mandat dan kepercayaan sebagai Ketua Hakim bagi pemilihan Pakaian Guru paling Tip Top bagi acara Sambutan Hari Guru dan Ketua Hakim bagi pencalonan Tentunya Teruna Tertampan, Gadis Gila Glamour dan Pergh! Pendidik Proaktif. (Nama sahaja lebih... padahal semua pasal baju!). Jadi Ketua Hakim bukan sahaja menunjukkan bahawa kemampuan Sachi dalam bidang fashion dijulang, keadilan Sachi turut diangkat.

さちかわ- Nasi sudah menjadi bubur...

No comments: