Ada beberapa ketika Sachi dicampakkan dengan sedikit hidayah dari Illahi untuk melakukan sesuatu yang menuju kepada al-Falah dalam SPM. Namun seperti biasa, I have the ability to think about a lot of things and see all the options and consequences behind it. And I deliberately choose the bad option. And that is not wise for a wise man.Walau apapun, banyak azam Sachi yg terarah ke situ punah dan musnah selepas baru 3% bergerak.
Sachi memerlukan seseorang yang boleh memaksa Sachi terus berada di jalan yang benar... jalan yang sebenar-benarnya. Orang yang Sachi maksudkan adalah seperti Ayahanda, Bonda serta Sahabat dan Teman-Teman. Hanya mereka-tanpa gangguan orang lain. Mereka sahaja yang mampu. But still, nobody came as if I can manage myself to face all the mehnah and tribulations alone.
Macam baru-baru ini... Sachi tidak mengisi borang SPC kerana inginkan Ayahanda dan Bonda untuk menentukan hala tuju Sachi. Hal ini adalah kerana tahun lepas Ayahanda sentiasa menyatakan Sachi mengambil 10 subjects sedangkan Sachi hanya ambil 9. Ketika berdoa Ayahanda turut berdoa untuk kejayaan Sachi dalam SPM iaitu kejayaan mendapat 10 A+. Hati ini terasa bersalah dan berdosa kerana tidak berbincang bersama beliau mengenai apa yang beliau inginkan dan apa yang Sachi inginkan.
Maka Sachi beri ruang untuk Ayahanda bersama Bonda membuat keputusan untuk kursus yang bakal Sachi ambil. Hasilnya? Lebih baik Sachi isi borang itu sendiri! Perbincangan tidak serupa perbincangan. Hanya Sachi yang menerang dan menjawab soalan. Ayahanda bagai tidak berminat langsung dengan apa yang Sachi lakukan. Setakat bertanya sedikit-sedikit. Begitu juga Bonda. Maka, Sachi mengambil keputusan untuk bermasam muka. Yelah! Usaha Sachi untuk menaut dan menjalin hubungan bagai tidak dipandang, tidak disedari dan dibuang begitu sahaja.
Apabila Sachi meminta pelbagai salinan dokumen-dokumen penting, sikap seperti acuh tidak acuh. Sachi tahu Ayahanda dan Bonda telah melakukan segalanya untuk Sachi dan Adinda sekalian namun ketika Sachi mahu melihat mereka berusaha bersama-sama Sachi pada kali ini. Ketiadaan response yang jitu dan komitmen yang tinggi pula Sachi dapat.
Mungkin juga salah Sachi selama ini bersikap dingin bersama Ayahanda dan Bonda sehingga mereka penat. Ya! Sachi pasti ini adalah salah Sachi. Sachi tahu, Ayahanda dan Bonda telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari segala dokumen-dokumen yang diperlukan... cuma Sachi tidak berpeluang melihatnya dengan mata dan kepala sendiri.
さちかわ- Menyusun sepuluh jari memohon kemaafan...
No comments:
Post a Comment