Thursday, April 28, 2011

PETRONAS EduQuest Camp 2011 (part 2)

Assalamualaikum,

Hari kedua.

Disebabkan ada 4 group besar, maka kami dipecahkan kepada 2 gabungan. Pertama A dan B. Kedua C dan D.

Group A dan B akan undergo interview dahulu dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan group C dan D ada tests di Main Hall pada waktu yang sama. Sogroup A akan bertolak dari V2 jam 7.20 pagi because wajib ada di Block B jam 7.30 pagi. group B pula jam 7.50 pagi gerak ke Block B as kena sampai jam 8.00 pagi. C dan D waktu sama dengan group tapi ke Main Hall lah.

So, kita go on to interview. Saya dah terangkan  mengenai group besar and also panels. Basically, interview ini akan berjalan dalam dua sesi. Individual dan group. Malam sebelum interview (lepas test) akan diberi briefing mengenai perjalanan interview dan diberikan special number masing-masing. 

Mine was B-8-2 which indicates Group B, panel nombor lapan, candidate number two. Kan dah cerita mengenai panel sebelum ini. Maka panel 8 ada dua orang yang akan interview 4 orang. Saya orang nombor dua yang akan di-interview oleh assessors.



So, dalam jam 7.50 pagi saya dah start gerak ke Blok B. Sampai di sana kita kena duduk dulu dalam Holding Room sebelum di panggil untuk interview. Bila semua panel Group A dah selesai sesi interview, kami diarahkan untuk ke tempat briefing.

Tempat briefing tersebut macam dining room yang muat dalam 50 people dengan meja-meja bulat. Setiap meja yang beralas meja kuning ada name card atasnya yang ditulis panel keberapa. Duduk di meja panel dan duduk ikut susunan. Candidate nombor satu, dua, tiga dan empat.

Kemudian setiap meja akan diberi 5 kertas berwarna dan a bunch of blank papers. Kertas berwarna tersebut ada case yang akan dibawa oleh setiap candidate. Setiap satu kertas berwarna (orang sana panggil card) mempunyai issue yang sama tetapi findings yang berbeza.

Case yang saya dapat ialah A Sports Chance. So, kiranya saya akan bercerita tentang sports lah ketika di-interview. Setiap card akan ada passage. Semua passage sama bagi setiap orang dalam group besar tetapi berbeza ikut group. Kalau Group B dapat A Sports Chance, Group A dapat Addiction. Group C dan D saya tak tahu dapat issue apa.

So, berdasarkan card saya, kami semua kena bayangkan kami ini merupakan comitee yang ditugaskan oleh kerajaan untuk buat satu Sports Policy yang dapat menaiktarafkan sukan Malaysia. Tetapi recommendation kami berbeza. 

Seperti saya (card B as candidate nombor 2), dapat recommendation yang mengatakan Sports Policy ini harus ketengahkan kesatuan dan kerjasama. Ada yang dapat recommendation dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Saya dapat sosial. Maka findings yang diberikan juga terarah kepada recommendations

Senang cerita, bayangkan anda jawab SPM paper BI. Essay pertama yang kena jawab is essay yang kena tulis surat rasmi or surat tak rasmi or report tu kan? Haa... Dalam essay BI itu, kita kena jadi setiausaha atau president sesuatu kelab sekolah dan kita kena minta sekolah buat itu ini. Points dia dah bagi, tinggal guna sahaja. Samalah dengan interview ini.

Anda jadi seseorang yang kena bagi talk on the issue dan points semua dia dah bagi. Jadi sepanjang anda interview anda bagaikan ahli jawatankuasa Sports Policy membentang pendapat anda kepada government (assessors).

Setelah facilitator brief pasal benda-benda yang saya terang tadi, anda diberi masa 30 minit untuk bersedia. Selesaikan Task yang ada pada card tersebut. Tulis segala points pada blank papers yang disediakan. No discussions. Kertas yang dicoret boleh dibawa masuk semasa interview. Selesai 30 minit kita akan dipanggil untuk ke Waiting Room

Dalam Waiting Room ini kita dikehendaki untuk duduk ikut lajur (memanjang ke belakang). Maka orang yang duduk paling depan dalam baris kita ialah candidte number one dan belakang sekali ialah candidate number four. Dalam satu baris (melintang atau memanjang ketepi) akan duduk orang yang mempunyai card yang sama. Kira kalau anda candidate number three, kanan dan kiri pun sama; cuma panels berlainan. 

Kemudian kita akan dipanggil seorang demi seorang untuk masuk ke bilik interview. Setiap individu akan di-interview selama 10 minit. Kalau anda cakap banyak sepanjang 10 minit itu, kuranglah soalan. Dan, ini yang berlaku dalam bilik interview semasa saya di-interview...

Saya masuk dan assessor perempuan sebut:"Muhammad Amirulhisham?" dan saya jawab:"Yes?". Kemudian assessor lelaki kata:"Take a seat. So, could you tell me something about yourself, your family, your school..." Saya pun jawab lah panjang lebar. Kemudian assessor lelaki itu tanya:"What course did you took?". Lepas saya jawab dia kata:"So, you've got Card B. It's about A Sporting Chance? Hmmm... Could you brief us about it?" Saya pun cerita lah benda-benda yang saya tulis pada kertas itu. Semasa cerita itu saya ada sentuh mengenai konsep 1Malaysia. Maka setelah selesai bercerita assessor lelaki itu tanya:"So, you do believe that we could achieve 1Malaysia through sports? How come?" Setelah saya jawab, orang yang sama kata:"So Hisham, interesting point of view. We would like to hear more from you in the group interview"

Jadi saya pun kembali ke Waiting Room dan bercerita pengalaman kepada semua yang tanya. Siap kena tegur lagi dengan abang-abang facilitator. Ya lah... dalam Waiting Room mana boleh discuss. So, tak boleh bising lah. Tapi saya kata:"Bukan discuss bang, kongsi pengalaman." Habis gelak satu Waiting Room.

Kembali sahaja candidate number four anda dikehendaki untuk masuk kembali ke dalam bilik tadi untuk buat group discussion. Untuk group discussion anda kena bayangkan anda jumpa kawan-kawan lama dan bercerita mengenai issue tadi. Assesors bagaikan tidak wujud. Pada akhir perbualan, mesti dapatkan satu solution or conculsion or decision mengenai issue. Masa yang diberikan selama 15 minit. 

Selasai sahaja grouping, kami dibenarkan untuk pulang ke V2 dan makan tengah hari. Dan kami dikehendaki untuk berada di Main Hall sebelum jam 2.00 petang untuk 2 test seterusnya.

Nak tahu tentang test? Pergi ke PETRONAS EduQuest Camp 2011 (part 3).

りゅたろ - Panjangnya!