Firstly, saya minta maaf kepada readers sebab lama tak update blog. Buat masa ini saya tiada semangat untuk menulis. Insya-Allah, jika diberi kekuatan... akan saya coretkan segala macam perkara yang bersarang di hati ini.
Secondly, entah mengapa... tiba-tiba laju tangan saya meng-type bait-bait perkataan di bawah. Secara tidak dirancang saya telah menulis sajak pertama saya yang 100%-ly computer (selama ini di atas kertas, then tulis kat blog). Dan secara jujur.. sejak saya jumpa sampahe.blogspot.com saya kuat berfalsafah.
Adik bergaduh di rumah. |
Terjumpa di Utusan |
Dalam maksudnya... malang Ariff Nadzmi Abdul Jalil anggap perkara tersebut mainan. |
Bagus lagi falsafah Ngah Zarif Izzat (genius dalam diam) |
Apabila menasihat orang tentang percintaan |
Lain kita maksudkan... lain orang faham... hehe |
Keakuan dalam diriku
Bukan tidak mahu
tetapi perlu
untuk aku teruskan kelangsungan hidupku.
Namun,
bukan persimpangan ini yang aku idamkan.
Yang aku idamkan ialah segala
yang aku tinggalkan.
Aku ingin kembali di saat itu.
Sewaktu dunia ini,
bukan aku yang punya.
Sewaktu dunia ini,
tidak berada di dalam genggamanku.
Aku juga mahu bergantung harap
setelah lama menjadi tempat pergantungan.
Aku...
PENAT!
Bergerak menurut derap langkahku,
Bergerak mengikut hala tuju hatiku,
Bergerak berpandukan alam supraconscious,
aku semakin...
PENAT!
Berilah ruang padaku untuk memiliki yang aku ingin.
Aku, memerlukan mereka
kerana
aku mengusai dunia
bukan dengan kekuatan aku sendiri.
Ada, tangan yang membantu.
りゅたろ - Gunakan akal bila membaca kiasan
3 comments:
smart a hisyam!!! suke suke!
good one Mirul:) AY like
Tangs Amira Nadia and Aunty Yan., tapi tang mana like tuh.,?? hehe,,
Post a Comment