Friday, July 1, 2011

In The Know

Assalamualaikum,

Seumur hidup saya, saya tidak pernah kisah pun mengenai unit-unit beruniform di luar sekolah seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sehinggakan ketika mengikuti PLKN pun, saya tidak mendaftarkan diri dalam mana-mana pasukan beruniform seperti JPAM, PDRM, RELA serta Askar Wataniah. Saya tidak berminat langsung untuk menceburkan diri dalam bidang yang restrict my freedom of expression ni.

Saya juga merupakan seorang lelaki yang sangat suka membaca. Terutamanya novels. Bagi yang pernah baca article saya mengenai confession, anda tahu bagaimana taksubnya saya dengan buku. Bagi yang belum, anda boleh search 'confessions' di search box atau bacanya di sini. Jadi, saya membaca genre detective. Selama ini saya lihat itu sebagai entertainment. Tidak pernah sink in my heart that it is actually happening everywhere.

Setiap hari, kita akan bangun pagi, mandi, sarapan, lakukan tugasan... bekerja, belajar, menjaga anak orang dan sebagainya; balik rumah, tonton TV dan tidur. Typical and normal things to do everyday. Namun, sedarkah anda bahawa ada individu yang bertungkus-lumus sehingga berbunuh-bunuhan untuk memastikan anda dapat meneruskan hidup anda seperti itu setiap hari?

Sangat primitif pistol dia.
Kita tidak sedar. Ya, memang kita tidak dibenarkan untuk sedar benda ini. Mana kita tahu, ada psycho yang cuba untuk racun food source kita? Di Amerika pernah ya, sejenis ubat keluaran Johnson & Johnson yang diracun. Seriously, benda ni berlaku satu masa dahulu yang dulu-dulu sangat. Sebelum penutup seperti penutup botol air mineral dicipta. Ada psycho mana entah pergi buka satu-satu ubat ni, letak racun dan masuk balik dalam packaging. Bukan satu dua botol... dia berjaya buat Johnson & Johnson tarik balik SEMUA ubat itu. Victims yang mati? Ratusan... maybe ribuan. Motif? Nobody knows. Kes ini tidak pernah selesai.

Itu yang sudah berlaku. Bagaimana yang sepatutnya berlaku tetapi tidak jadi? Mana kita tahu entah-entah sebenarnya sekarang ada anggota keamanan tengah bermati-matian berusaha untuk memastikan KLCC tak dibom? Mana kita tahu ada pasukan beruniform mandi darah untuk pastikan Pulau Pangkor tak dilanda wabak penyakit buatan manusia? Mana kita tahu ada unit khas yang sedang beroperasi di hutan belantara memastikan satu sindiket jenayah tumpas sebelum berjaya menjatuhkan ekonomi negara?

Macam bom dalam cerita kartun.
Kalau kita tahu semua itu... alamatnya... porak-perandalah masyarakat, huru-haralah kerajaan, tunggang-terbaliklah negara. Semua manusia tidak akan rasa selamat. Semua orang takut bebenor dengan semua orang. No one trust anyone. You see, pasukan beruniform ini telah bertungkus-lumus untuk memastikan saya, anda, dia, mereka dan seluruh 28 juta penduduk Malaysia ini dapat meneruskan hidup seperti keadaan mereka sekarang. Dapat fikir masalah kenaikkan harga barang. Dapat fikir masalah gaji. Dapat fikir masalah pergaduhan dengan rakan-rakan di sekolah. Dapat fikir masalh tak siap homework dan takut cikgu marah.

Yang kita tahu, kita akan teruskan hidup seperti biasa. Bina kehidupan kita dengan jayanya. Bina kerjaya. Bina segalanya. Tetapi kita lupa, kita boleh buat semua itu kerana wujudnya unit beruniform ini. Kita tidak pernah hargai mereka. Bahkan kita benci mereka. Ramai tidak suka dengan kehadiran Polis Trafik. Ramai tidak suka dengan serbuan polis sana sini. Ramai yang langsung tak tahu apa ATM sedang lakukan. 

Polis Trafik Malaysia.
So please... bear in your mind that because of these people-lah anda mampu hidup seperti anda hidup sekarang. Because of this people-lah anda mampu online Facebook malam-malam. Because of these people-lah anda boleh baca article saya. Semuanya dapat dilakukan dengan tenang dan selamat. So, show some appreciation to them. And they are just humans. Like you and me.

りゅたろ - Saya masih tidak mahu menganggotai pasukan beruniform.

2 comments:

Aku Normal said...

aku pernah nampak polis dekat seat sebelah driver dalam kereta polis tak pakai seat belt.

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Mcm aq ckp., They are just humans. Like you and me.