Saturday, January 1, 2011

BADAN

Assalamualaikum,

Bagi pembaca saya dua tahun lepas (sewaktu Tingkatan Empat) mereka tahu saya pergi Celebrity Fitness selama sebulan dibawah kelolaan seorang trainer. Niat ketika itu adalah untuk menambahkan berat badan dan ingin mendapatkan badan yang sama tarafnya dengan badan pelajar-pelajar lelaki athletic di maktab.

Celebrity Fitness di Wangsa Walk

Alhamdulillah, naik sedikit berat badan. Adalah dalam 55 kg begitu. Walaupun perubahan secara zahir itu tidak kelihatan, namun saya tetap mendapat pulangan yang lumayan... ilmu.


Kemudian saya stop. Turun kembali berat badan saya ke 53 kg. Tidak mengapa kerana saya telah merancang sesuatu untuk tahun ini (2011). Saya mahu meng-terkejut-kan rakan-rakan dengan badan yang baru ketika ambil result.

Hasil pembelajaran saya, paling kurang masa yang diperlukan ialah 6 bulan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan kekal dengan bantuan penjagaan makanan serta pengambilan supplements. Saya jangka, boleh mula kembali buat work out pada bulan 10 tahun lepas (2010).. tetapi dipilih pula sebagai pelatih PLKN.

Niat saya pun berubah. Jadi saya mahu dapatkan badan yang setanding dengan rakan-rakan lelaki yang athletic lain bukan disebabkan saya pergi PLKN. Saya tidak mahu orang sangka saya dapat badan yang cantik kerana saya didera dalam PLKN. Saya mahu buktikan saya mampu untuk lakukannya sendiri.

Permulaan work out secara bersendirian terpaksa ditarik lebih awal. Atas perkenan Bonda, saya berjaya mendapatkan dumbbells, rower, supplements, minyak ikan kod, pati ikan haruan, susu serta vitamins. semuanya untuk memastikan badan saya mempunyai sumber protein yang banyak bagi mempercepatkan process pembaikpulihan cell-cell pada tissue otot.

Kettler Dumbbells

Hari pertama saya work out? Dua hari sebelum Ramadhan bermula. Sepanjang Ramadhan saya push diri to the limit. Saya teruskan juga work out walaupun tengah penat dan tidak larat. 2 jam sehari, 5 kali seminggu. itulah rutin saya setiap hari di bilik sewaktu riadah. Senyap-senyap saya lakukannya. Tidak ramai yang tahu.

Sebelum menjelangnya Syawal, kami dibenarkan pulang beberapa hari lebih awal. Saya pun apa lagi! Melantak habis-habisan sewaktu malam. Macam-macam saya makan. Apabila Syawal tiba, lagi-lah. 24 jam rasanya mulut ini asyik mengunyah sahaja. Walau apa pun, work out tetap tidak dilupa.

Sekembalinya di maktab, saya jadi tumpuan. Ya Allah! Badan saya sudah berubah! Tangan sudah berbentuk. Dada sudah ada double 'U' shape bak kata Zainul Ariffin. Ahmad Qassimel siap boleh kata saya bagaikan penari dalam video clip Alejandro nyanyian Lady Gaga jika saya turunkan rambut.

Zainul membaca surat khabar di Masjid Darul Quran

Ahmad Qassimel

Tetapi apa yang paling buat saya gembira ialah: Adee Izzat Nazree sendiri ada puji tranformasi saya. Saya memang meletakkan dia dan Arif Asyraf sebagai benchmark. Maklumlah, badan mereka sasa. (Macam gay bunyinya!) Sejujurnya, saya sendiri terkejut dengan anugerah yang Allah kurniakan pada diri saya

Adee Izzat Nazree (jgn tertipu dengan pose dia!)

Arif Asyraf 

Ramai juga yang menanyakan rahsia. Jawab saya: "Disiplin dan pertolongan Allah". Ramai yang mahu buat, tetapi tersekat setengah jalan. Mungkin kerana mereka ada kemampuan bermain sukan. Maka tidak hairan-lah mereka tidak serious dalam work out.

Sehingga kini saya bersyukur kerana hasil yang saya raih beberapa bulan yang lalu masih kekal walaupun saya stop sebentar dua minggu sebelum SPM sehingga hari ini. Saya plan mahu sambung di Kota Belud, Sabah nanti. Hmmm... Hitam, botak dan tegap... memang ciri-ciri pelatih PLKN.

Apa-apa pun orang sudah tidak boleh mengatakan saya tegap kerana PLKN sekarang. Hal ini disebabkan oleh saya telah buktikan pada bulan September tahun lepas (2010), saya telah menegapkan diri. Luar jangkaan orang lain. Semuanya kerana PLKN.

りゅたろ - Berat saya kini 56 kg

2 comments:

Syaza Shari said...

Haha.. good luck hsham!!! all da best!! ak pn nk slimkn diri ak nie..haha..

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Aq akan sambung balik lepas dah lama tak buat., huhu,,