Saturday, June 23, 2012

Satu...

Assalamualaikum,

Jujurlah kan, dah takde lagi benda yang wajar untuk aku katakan 'selari' dengan PERCHAHAYA: Radikal dan Liberal dalam kepala aku ni. Aku dah lama berhenti berfikir secara kreatif dan kritis seperti waktu aku sekolah-sekolah dulu. Sekarang dah takde apa yang mind-blown untuk aku ceritakan atau untuk aku ajak para pembaca aku sama-sama fikirkan dan kupas satu persatu isu-isu picisan yang aku ketengahkan.

Kadang-kadang aku rasa macam nak tinggalkan PERCHAHAYA: Radikal dan Liberal ni seperti apa yang anda lihat sekarang. Maksud aku, tiada pembaharuan, tiada penukaran. Kekal seperti sedia ada. Tapi aku rasa bertanggungjawablah pulak untuk mengisi ruangan yang ada selagi mampu.

Aku dah banyak kali terfikir untuk wujudkan satu blog baru yang di dalamnya aku tulis segala apa yang ingin aku tulis yang seboleh-bolehnya tiada langsung kaitan dengan PERCHAHAYA: Radikal dan Liberal. Aku juga tak begitu pasti dengan gaya penulisan aku sekarang. Almaklumlah, selama dua tahun meninggalkan alam persekolahan, sudah tiada apa lagi yang mampu untuk aku war-war kan sebagai satu kebanggaan atau kemahiran.

Kadang-kadang aku nak tulis secara lepas tangan. Kadang-kadang aku nak menulis dengan tatabahasa dan gaya bahasa Bahasa Melayu dengan betul. Tapi, aku sendiri tak pasti mana yang betul dan mana yang salah. Waktu-waktu lalu aku dah begitu diasah untuk menulis dalam Bahasa Inggeris sehingga aku kini boleh detect mana satu grammatical error dan boleh beritahu benda-benda yang berkait rapat dengannya.

Untuk tajuk post ini pula, aku pun tak pasti nak sambung dengan apa. Apakah ini satu pengakhiran untuk blog ini dan seterusnya satu fasa dalam hidup aku? Apakah mungkin ini satu permulaan untuk satu penaiktarafan bait-bait kehidupan yang bakal aku lalui? Apakah mungkin in satu permainan minda kerana telah lama aku bersenang-lenang dalam alam fatamorgana? Sekali lagi, aku pun tak begitu pasti.

Apa akan jadi lepas ni?


Thursday, April 19, 2012

Encik Google

Berikut merupakan post yang ditulis tahun lepas tapi tak berjaya disunting dengan sebaiknya. Tapi aku post juga di sini. Harap maklum.









Assalamualaikum,

Saya sarankan anda tonton video-video ni dulu. Lepas itu barulah boleh scroll selow-selow kebawah.



Yang first tu taklah berapa nak seronok sangat tapi itu kira macam introduction kepada terjahan dan tujahan  maksima yang dilancarkan oleh video kedua. Scary sikit bila tengok video kedua tu sebab memang scary. Ya lah, tak tersangka-sangka akhirnya jadi bentuk begitu bukan.? Bagi yang tak berapa nak faham apa yang saya duk pokpek-pokpek mesti tak tengok video tu lagi. So, again. Please tengok video tu dulu then scroll selow-selow ke bawah.

Saya suka conspiracy dan conspiracy tak suka saya sebab bila dah banyak conspiracy saya tahu... alamatnya tak jadi conspiracy lagi dah. Maklumlah, mulut ni asyik nak bercakap sahaja kan?

Well kedua-dua video ini menyentuh mengenai privacy pengguna namun video pertama yang lebih menonjol dari segi itu. Email kena scan, cookies pun sama. Bukan cookies jilat-celup-makan ya. Jangan mengada-ngada nak buat-buat tertukar pula. Video pertama juga mengatakan Google bekerjasama secara undercover dengan US Government including CIA. So when Google have access to our information secara blatantly macam tu, tak rasa terancam ke?

Video kedua pula menakutkan terlebih sebab suara perempuan tu tersangatlah sweet dan sedap sehingga menjilat jari tak perasan pun organization of that kinetic typography. Then bila dia sibuk sugar coat everything dengan bahasa yang langsung tak accusing memang bila last-last tu macam kena penampar (guna kasut stilettos tahu. Tak nak kasut lain) berdas-das kat pipi. Sepanjang introduction of the video rasa best sebab baru tahu Google tu hebat sampai begitu sekali. Kaya, buat research pasal itu ini including health care. Then dia tunjuk products Google mcm Google Earth, Moon, Mars then genetics and what not. Kira macam time awe kejap because tak sangka Google ni buat macam-macam. Tiba jer saat 2.28 that wave of realization came.

Siapa tahu kan? Google Ads tu boleh bawa controversy sampai macam tu sekali. Minta-minta lah Nuffnang tak macam tu. 

Tapi kan bila fikir-fikir balik... betul juga. Dia lah yang provide semua benda. Sikit-sikit powered by Google. Sikit-sikit powered by Google. Nak duit betul juga. Nak grab all possible informations betul juga. Cumanya, saya tak berapa berminat dengan issue Google ni sebenarnya satu alat untuk Illuminati tahu apa kita suka or untuk bagi tahu Israel apa kita suka sebab tak nampak points dia. Bila cakap pasal products Google yang memang terang, jelas, nyata bahawa dia cover every single thing... terkedu sebentar di situ ya.

Wednesday, April 18, 2012

Jujur Lah Kan...

Assalamualaikum.

Siyes aku tak tipu. Aku status conscious. Zaman sekolah dulu, untuk jadi antara orang yang kat atas tu, aku yakin dan percaya aku kena masuk banyak benda dan jadi yang terbaik dalam semua benda yang aku masuk. Akhirnya aku berjaya dikenali sebagai salah seorang manusia yang fasih berbahasa dan petah berbicara. Itu tak kira lagi penglibatan aku dalam silat, Kelas Cemerlang, Ketua COS dan sebagainya yang menyumbang kepada kenaikkan status aku.. Pendek kata, status aku meningkat sebab aku ambil bahagian dalam banyak perkara.

Semuanya bermula dari Tingkatan Dua bila ahli kelas aku push aku untuk jadi salah seorang dari debaters kelas atas alasan aku boleh berbahasa Inggeris. Tapi aku labelkan Tingkatan Tiga sebagai zaman kebangkitan sebab sewaktu itu baru aku mula menjinakkan diri dalam arena perbahasa, pidato dan silat secara serentak. Tingkatan Empat pulak aku labelkan sebagai Zaman Kegemilangan sebab siyesli banyak gila benda aku participet sewaktu itu. Bila aku mula perlahankan langkah sewaktu Tingakatan Lima, maka, kuranglah penglibatan aku luar kelas. Hasilnya, Tingkatan Lima aku label sebagai Zaman Kejatuhan.

Namun, sepanjang tiga zaman itu, aku berjaya kutip macam-macam kemahiran dan ilmu sehingga wujudnya aliran pemikiran kritikal dalam diri. Aku juga berjaya untuk menghampirkan diri aku ke hadrat Illahi sehampir yang aku mampu ketika itu. Aku juga berjaya untuk mencerna satu persona yang menyebabkan orang anggap pandangan aku merupakan pandangan yang adil dan antara yang terbaik dalam satu-satu perkara.

Namun, tidak lagi hari ini.

Duka cita dimaklumkan bahawa, individu yang anda kenal di atas itu bukan lagi saya. Ya, mungkin bagi sesetengah pihak, saya merupakan salah seorang dari pelajar yang mampu untuk memanifestasikan idea dalam bentuk bahasa yang baik dalam jangka waktu yang singkat. Ya, mungkin bagi sesetengah pihak, saya merupakan salah seorang pelajar yang berkemampuan untuk mencapai markah yang sederhana atas hasil usaha belajar beberapa jam sebelum peperiksaan sedangkan orang lain yang belajar berhari-hari sebelum, mendapat markah yang sama saya. 

Tapi, siapa yang lebih mengenali diri aku kalau bukan aku?

Hari ini, aku tengok diri aku macam lah aku ni gila rileks dalam banyak perkara. Pada hakikatnya tak. Hati dan minda aku bergerak seiring dan selari untuk menghampiri cahaya kejayaan hakiki tapi sayang, benda ni bercanggah dengan pergerakan dan perilaku aku. Hati aku sentiasa ingin rapat kembali dengan Allah. Hati aku sentiasa ingin mempamerkan sisi diri aku yang bagus (sekurang-kurangnya dari pandangan peribadi). Minda aku sentiasa merancang gerak kerja yang proaktif dan efisien bagi menjayakan misi dan visi hati. Minda aku sentiasa memikirkan natijah negatif yang bakal aku hadapi jika aku orak langkah dalam satu lembah kehancuran. 

Orang tak tahu itu. Yang orang tahu, aku ni malas, tak berapa nak kisah dengan pelajaran, memandang banyak perkara sambil lewa dan segala macam titik pandang yang seerti dengan yang tersenarai.

Aku pun tak faham kenapa aku jadi macam ni. Aku tahu apa yang aku kena buat. Aku tahu mehnah dan tribulasi yang aku bakal bersemuka dengan, kalau aku ambil jalan kiri. Aku tahu maslahat dan hikmah yang bakal aku rasai kalau aku ambil jalan kanan. Tapi mungkin atas dasar malas nak bersusah-payah, aku buat kerja ikut suka hati aku. 
Test of English as a Foreign Language (TOEFL) merupakan salah satu dari dua peperiksaan yang wajib diambil oleh mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Amerika. Bagi peminjam Pinjaman Pelajaran MARA, syarat lulus bagi TOEFL adalah 79/120. Sekali duduk TOEFL ini, seseorang itu mesti membayar USD170 bersamaan RM510. Terdapat empat bahagian dalam TOEFL iaitu Reading, Listening, Speaking dan Writing.
 TOEFL ni aku duduk pada 13 November tahun lepas. Insha Allah, aku ni bakal jadi pelajar antarabangsa yang mendaftar untuk Fall Semester 2012 di Amerika dan kebanyakan universiti yang menawarkan kemasukan Fall 2012 menutup tarikh pendaftaran pada 1 Mac yang lalu. Maka, aku pun mendaftarlah sebelum 1 Mac. Masalahnya, sampai sekarang aku tak hantar-hantar keputusan TOEFL aku ke universiti sedangkan keputusan ini sangat-sangat penting untuk memastikan aku mempunyai tempat di sana. 
Maknanya, kalau takde TOEFL, takde lah universiti yang terima aku. Bila takde universiti yang terima aku, maka tak mungkin aku akan ke Amerika untuk sambung belajar. Dan bila aku tak mungkin ke Amerika, sia-sia lah apa yang aku buat sepanjang setahun setengah di INTEC ni.
Sesungguhnya ada orang yang kena duduk TOEFL ini dua tiga kali sebab tak lepas syarat penaja. Sedangkan aku, Allah dah bagi aku markah yang tersangatlah baik. Kurang 11 markah dari keseluruhan markah penuh. Dan dua bahagian aku berjaya dapat 30/30. Tapi ada aku hantar? Sekarang dah 18 April dah.
Nampak tak yang aku tahu apa yang bakal terjadi tapi aku masih buat dek je. Aku pun tak faham kenapa. Punyalah ramai kawan-kawan yang duk beri ingatan dan paksaan tapi tak jalan-jalan jugak. Entah apa masalahnya aku tak tahu.

Jadi aku nak ingatkan korang yang duk pikir aku ni masih macam dulu bahawa itu benda yang dah lepas. Kemampuan dan kemahiran aku tu tak kekal pun dalam diri aku ni. Aku bukan lagi mamat yang hebat (sekurang-kurangnya dari pandangan peribadi) dalam menyusun atur program, menjadi tukang cakap dalam banyak benda, menjadi sandaran dan harapan para guru untuk sesuatu perkara, menjadi tempat rujukan dan kaunter pertanyaan rakan-rakan dalam akademik dan menjadi teman perbualan dan perbincangan isu semasa yang berat dan glokal.

Aku bukan lagi itu.

Aku kini insan biasa yang tidak pandai dan tidak bodoh. Aku tergantung antara duanya. Tapi banyak benda yang aku buat akan menjerumus atau sedang pun menjerumuskan diri aku ke dalam kawah kebinasaan akademik dan sosial.

Aku kini seperti itu.



Tiada Tajuk Khusus

Assalamualaikum.

Sesungguhnya, post terakhir saya di blog ini bertajuk: Please Answer the Question pada 11 Disember 2011. Ini bermakna dah 129 hari saya tak kemas kini blog dan 129 hari juga membawa maksud dah lebih empat bulan saya menyepi. 

Saya tak minat nak bagi alasan terhadap apa yang berlaku tapi saya rasa saya bakal bercerita juga. Tiada coretan yang berjela-jela panjangnya untuk post ini kerana saya hanya mahu beritahu sedikit sebanyak situasi blog ni ketika ini. Saya cukup yakin dan percaya bahawa anda boleh membuat deduksi sendiri bersandarkan apa yang anda lihat dalam blog ini. 

Tak perlu sebenarnya saya tulis post tidak bermakna ini melainkan untuk mengiyakan apa yang telah anda tahu.

Ambik kau... banyak gila perkataan 'ni'.

Sunday, December 11, 2011

Please answer the question.

Assalamualaikum,

Well, a year has passed and where in the world are we now guys? (you know the questions are asked especially to SPM 2010 mainly from MJSC KKB). For most of us, yang ambil SPM 9 subjects and science stream lah kan, 8th December 2010 was the last day in school dengan mengharungi Bio paper 1, 2 and 3. Then kita semua get ready to say goodbye and farewell to all of our memories together in the school. For most of us, 5 years. Living in boarding school is a great difference than hidup budak kementerian pelajar sekolah harian. They don't get to feel the bond that we created among us for years and years. 



You know, parents can only know what you are telling them or what've they heard somewhere. The teachers knows what they have been observing and listening. Kinda like the kids that grows up in front of your very own eyes. But these kids, now a young adult, spent a whole lot greater deal of time with you. Yelah, bayangkan. Bila bangun dari tidur, the first one you see is not your family or your teachers (well sometimes wardens yang kita nampak dulu. Dengan rotan di tangan. sebab kita bangun lambat) but your friends. 

And it's kinda normal to think for their kebajikan as well. Kita akan kejut mereka bangun tidur dan berusaha sehingga berjaya, then pergi siap-siap, keep in mind all the time in the bathroom you see a lot of them too. Then, kita akan go to breakfast (if sempat), then pergi roll call, then naik atas ke kelas untuk tunggu teachers (sebab kelas kat MRSM KKB atas bukit). During all that time, the one we cari first thing in the morning are our best friends, then we talked and talked and talked sampai berpisah went we need to go to class. Imagine that when you are living with your family, especially dalam big bathroom like we went to. Seriously, no one is singing out loud when you are in the shower; tak payah tunggu turn kat sink; tak perlu risau bila keluar dari shower, friends gonna smack your back with a handful of sabun.

Tak cerita lagi bila kat kelas you get to see all the girls, then turun minum pagi, potong line or beratur ikut peraturan (well, coz  makan free and normally orang tak eat breakfast), beli addtional food di koperasi, naik balik kelas and then segera berlari nak lunch cepat just so that boleh tidur kejap before prep. Then naik atas again (after kawan kejut and mandi) and buat homework or ada C.O.S., then turun bawah and go straight to room, tukar baju and hangout. Then makan malam (kalau rajin or lapar gila!), then mandi and go to surau for compulsory Maghrib and Isya' prayer. Lepas tu prep malam. Speaking of prep malam, kalau ada pengumuman prep malam dibatalkan.... MEMANG HAVEN

Well, I'm thinking of the baju we guys wore during those time. Baju kolar tucked-in and slacks and kasut, baju melayu with or without butang and slacks and sandals, and bags yang pakai pagi petang siang malam. Gosh! I missed those days!!

Now, we come again to my first question: Where are we now guys? Are we still the same guys yang main-main masa buat experiments? Are we still the same guys yang go to teachers' lounge just nak aircond or nak jumpa dengan cikgu to ask question or just nak berborak? Are we still the same guys yang pagi petang siang malam carry the same burden and running to the same goal nak kan yang terbaik for big examinations? Are we the same caring friend yang tolong kejut, tapau makanan from DS, amik buah lebih, celup gelas dalam tong air, minta kuah lebih and things like that? If we are not, where are we now guys?

Kat mana mentaliti kita sekarang? Masih inginkan keseronokan dan kebebasan macam yang kita nak time F5 dulu? Masih berada di tahap yang sama dengan ilmu yang kita dah gain selama 5 years in high school? Take Bio for example. Ilmu yang kita tungkus-lumus belajar dulu tu, masih di tahap yang sama... atau dah berkurang? BM, kita masih berusaha nak buat karangan dengan bahasa bombastic dan idea bernas? Do we really care dengan ilmu yang pernah kita gain? Kita pakai tak? Apply tak dalam hidup sekarang? Itu belum cerita dengan ilmu yang kita gain lepas SPM. Ada kita tambah ilmu Physics, like on radio active dacay, and whatsoever just to make sure dia tak hilang? Ada kita bercerita mengenai Kerajaan Agraria and Kerajaan Maritim yang kita belajar time lower form and upper form? Ada?

How about our devotion to Islam or your devotion towards your own belief? Time nak ambil SPM dulu, solat berusaha tak tinggal, siap solat sunat hajat and rawatib bagai. Puasa Isnin Khamis kalau boleh. Baca Al-Quran at least 3 pages a day. Baca doa before belajar (siap meaning and pujian kepada Allah and Rasulullah lagi). Give greetings and say thank you to yur teachers or lecturers whenever they come in or go out. Baca Asma' Al-Husna pagi-pagi. Sebelum masuk dewan peperiksaan, baca doa. Bila nak langkah masuk, langkah kaki kanan and tawakal. Ada kita buat lagi hari ni? Ada kita buat semua tu? or ada, at least, kita still buat most of them? Ada?

So again, where are we now guys?

Tuesday, December 6, 2011

Finally! An Update.

Assalamualaikum,

Masya-Allah! Setelah 3 bulan blog ini tidak berpenghuni (bukan dari segi ada orang jenguk atau tidak) akhirnya malam ni muncul post baru yang tak seberapa. Basically semuanya sebab Fatin Nazirah Asnan punya kerja. Habis dia post pasal kucing kat blog dia and aku pun rasa macam nak ikut juga menulis. And actually, aku dah tak berapa ingat macam mana style aku menulis dalam blog ni dulu (boleh je study balik kan?).Masalahnya aku malas So, kalau cara aku menulis dalam post ni dan dalam post-post yang akan datang itu berbeza dengan cara dan gaya aku punya post yang dulu-dulu, sorry lah ya.

So, basically, aku sedar aku mula tak ber-blogging sejak aku masuk Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kalau ikut hasrat hati waktu nak masuk bulan Julai dulu tu... memang nak je aku tulis di Facebook dan kat sini. Namun, disebabkan aku nak berahsia dari seseorang ni, jadi tidaklah aku beritahu exactly how my life was like at that moment. And aku tidak mahu pula bercerita mengenai apa yang aku ambil dan bagaimana perjalanan hidup aku mengharunginya secara terbuka dan terang-terangan di sini, atas harapan untuk membiarkan dia tertanya-tanya. Aku pun dah penat dengan fact bahawa dia tahu kehidupan aku tetapi aku tak tahu kehidupan dia. Satu, benda tu tak adil. Dua, tak pula aku sibuk nak minta tahu macam-macam.

Maafkan aku kalau post kali ini tak went viral atau bukanlah post yang menarik minat anda untuk bertandang ke blog saya lagi lepas ni. But, just to clear things up, actually there are a lot of things that I always wanted to post in here. Like literally a lot! I've been jotting down tittles of the posts and made mental mind maps about what am I going to write... but procastination took over. So, here I am, giving an excuse to my readers. Punya lah lama dan banyak tajuk-tajuk, sampai aku dah lupa tajuk itu untuk apa dan tajuk ni untuk apa. 

Briefly about my life for the past 5 months, aku sekarang hidup bersama satu kelompok rakan-rakan yang begitu diversed. You see, when I am in MJSC KKB, they are all the ones that I have and get. But once I was out (not neglecting the fact that I  have been missing them so much for the first 6 months after SPM), aku dah TERluaskan aku punya circle of friends. TER ya, not intentionally... rasanya lah.

Today, aku ada friends from Sabah because of PLKN. Tak kisah lah I made more Sabahan friends than Peninsular friends ke tidak (which means aku tak ramai kawan PLKN kat Semenanjung. Kalau ada outing ke apa ke di KL, fat chance lah aku diajak). But having Sabahan friends are great! Baru-baru ni, I got the chance untuk bawa two of my Sabahan friends yang ketika ini tengah study kat KL and Shah Alam naik roller coaster. That was their first time and I hoped they are looking forward to naik other roller coasters after this.

Today, aku ada banyak friends dari Malay College Kuala Kangsar (MCKK). It is interesting to get to know them really. Yelah, selama ini aku duduk dalam MRSM where the students consists of boys and girls, but being MCKK students, semua orang tahu mereka ini hidup lebih 2 tahun dengan boys only (well, that sounded so wrong). Lebih-lebih lagi MCKK tu boarding school. So, to get to know their lives dalam MCKK memang best. Infact, En. Shafie (Ahmad Firdaus's dad) did mention something like "Budak-budak MCKK ni bagus untuk buat contacts when you dah grown up. Because mostly, diorang lah yang pegang company-company kat Malaysia ni", when we came to rumah Ahmad Firdaus untuk dinner or something a while ago.

Today, aku ada friends dari latar belakang yang unik dan asing dalam kehidupan aku. Aku pun tak sure macam mana aku boleh jadi friends dengan mereka ni. Maybe sebab duduk sebelah dalam kelas; or maybe sebab dia jenis yang paling bising dalam kelas (which means dia must be opening up to us, which made everything a lot easier); or maybe mereka memang jenis yang suits aku. Right now, I am happy to have a friend yang macam Azlan Zainal Abidin but a little bit naïve which is good sebab that means dia belum rosak and I hope he'd still be that way; I have a friend yang rupa dia macam Misha Omar (but my sister kata muka macam MatLuthfi90) yang mampu mendengar dan menerima macam-macam tanpa giving the slightest clue yang dia mengalami kesusahan..... until the very end; I have a friend yang a bit slow in action and reacting but dia suka smile... and everyone suka someone yang suka smile kan? So lantaklah dia a bit (just a bit ya) slow in reacting ke.. apa ke.. as long as dia senyum, everything should be fine.

I know those paragraph sounded weird. Well, aku bukan jenis yang meng-approach orang untuk buat kawan. But to have the chance to know them right now is great! Banyak yang aku belajar and banyak memories aku aku share dengan mereka ni. 

Aku juga dah banyak buat kerja-kerja production short video which all of them are music videos. Biasanya aku tukang arah-arah orang (nampak sangat yang aku ni bossy dan bajet bagus), pegang camera (sebab aku nak capture apa yang aku envision) dan sometimes buat video editing . Kalau nak tengok my videos, boleh buka Youtube and cari TheRyuuYamashita or click di sini dan tengok. And I helped making another 4 videos actually. Satu for pertandingan di IPT (which ada conspiracy theory kenapa kami tak menang), satu for my group punya music video untuk Oral Communication (OC) class, satu I helped this other group for their OC and satu  for extra credit music video for OC. Semua boleh tengok di Youtube.

So, dengan kehidupan di hujung tahun ni, I really understand apa yang budak-budak Form 5 rasa. So I'll be posting some tips and advices from my point of view in certain things macam PLKN, scholarships, interviews and life after those. Hopefully lah kan. And I'll be updating you guys about my life more kot, atas sebab-sebab yang bakal saya terangkan satu hari nanti. So, basically this is it. To those yang keep checking my blog sepanjang 3 bulan hoping to find a new post, terima kasih banyak-banyak sebab anda sanggup check my blog walau tiada apa-apa pun. To those yang baru jenguk-jenguk, welcome and I hope you can explore my writings and my blog sebab ada tabs kat atas tu yang I'm pretty sure tak ramai pakai. Again, thanks.

Wednesday, August 17, 2011

Kekuasaan-Nya

Assalamualaikum,

Ingat lagi cerita saya mengenai Langit Ilahi? Bagi sesiapa yang malas untuk cari article itu di search box, boleh lah click di sini. Pasti ramai yang tak berapa nak faham dengan apa hal pula tiba-tiba sahaja saya minat membaca karya Hilal Asyraf. Ramai juga tak berapa nak grasp the speciality of the 18th article.


Begini, article itu menceritakan perjuangan Rasulullah. Gaya penulisan Hilal Asyraf ketika itu sangat menusuk hati hati kerana dia suruh saya bayangkan, seorang manusia biasa, yang sanggup berlapar, sanggup luka sana-sini, sanggup kena caci, maki, hanya untuk pastikan Islam sampai kat kita hari ini. Kenapa? Sebab takut kita tak masuk syurga. Bayangkan, literally bayangkan, sekarang ada manusia seperti itu di muka bumi Allah hari ini. Lawan Amerika and Israel, kena sekatan ekonomi (tak boleh makan berhari-hari), kena pukul, kena baling botol kaca sampai berdarah-darah, kena sepak, lempang semua dangan orang-orang sekeliling. Yelah, bayangkan seorang lelaki keluar kat Bukit Bintang, tiba-tiba orang ramai kejar, bawa kayu, batang paip, botol kaca sebab nak pukul dia. Yang lain? Just tengok dan kata: "Itulah, bawa ajaran tah pape lagi.."