Saturday, January 1, 2011

BADAN

Assalamualaikum,

Bagi pembaca saya dua tahun lepas (sewaktu Tingkatan Empat) mereka tahu saya pergi Celebrity Fitness selama sebulan dibawah kelolaan seorang trainer. Niat ketika itu adalah untuk menambahkan berat badan dan ingin mendapatkan badan yang sama tarafnya dengan badan pelajar-pelajar lelaki athletic di maktab.

Celebrity Fitness di Wangsa Walk

Alhamdulillah, naik sedikit berat badan. Adalah dalam 55 kg begitu. Walaupun perubahan secara zahir itu tidak kelihatan, namun saya tetap mendapat pulangan yang lumayan... ilmu.


PESAN SAYA

Assalamualaikum,

2010 telah pun melabuhkan tirainya. 2011 pula baru bermula. Belum ada apa-apa. Cuma segala mara bahaya. Datang tidak dijemput, kunjung tidak dipinta. Itulah dia segala macam cabaran yang akan kita lalui bersama.

Apa pelik benar bunyi muqaddimah post saya ini?

Nampaknya, kita telah tiba pada tahun baru menurut kalendar Masihi. Setelah 365 dan satu per empat hari bergelar pelajar Tingkatan Lima... secara rasminya tamatlah sudah tempoh saya memegang mandat tersebut. Kini tiba masanya bagi para pelajar Tingkatan Empat untuk menggantikan tempat kami bagi meneruskan agenda pembelajaran di maktab.

Percayalah, sekembalinya anda di maktab, ruangan pada kawasan Tingkatan Lima 2010 dan Tingkatan Tiga 2010 pasti lengang. Orang ada... tetapi tidak ramai. Guru-guru dan anda sendiri semestinya tersasul-sasul untuk membiasakan tingkatan anda sekarang. Yang Tingkatan Dua dipanggil Tingkatan Satu, Yang Tingkatan Lima dipanggil Tingkatan Empat. Norma kehidupan yang normal pada permulaan penggal persekolahan yang baru.

Thursday, December 30, 2010

HiLANG

Assalamualaikum,

Lama saya tidak meng-update blog... mengapa ya?

Bagi mereka yang sudah bertahun-tahun kenal dengan saya sepatutnya tahu. Yang baru sahaja kenal, saya tidak pasti. Yang saya pasti, saya dilamun cinta! Tidak percaya bukan? Saya kini sudah mempunyai buah hati saya sendiri. Mahu tahu siapa dia? Sudah tentu!




Saturday, December 25, 2010

REASONiNG

Assalamualaikum,

Ramai yang terkejut dan bertanya: "Kenapa tukar nama?"

Maaf kepada Muhammad Hatim Afiq kerana telah menyusahkan anda yang sedang bertungkus-lumus untuk menjayakan komik terbaru anda. Saya tidak tahu komik itu merupakan spin off komik yang lama (Fortress).

Mengikut sejarahnya, saya dan Ahmad Faiz Hasan Basri serta Seri Ruzaireen Mohd Zaini dahulu merupakan satu group pelukis yang sangat rapat. Tidak tahu mengapa sekarang renggang. Bukan itu perbincangan kita kali ini! Ketika berada dalam group ini, saya agak tertarik dengan konsep setiap pelukis mesti ada nama sendiri. Ala-ala stage name begitu.

Teringat pula pada kata-kata Fakrullah yang menyatakan perkara yang serupa. Maka saya bertungkus-lumus gigih berusaha untuk mendapatkan stage name. Hasilnya? I came up with: Sach. Seri Ruzaireen kata nama itu tidak berapa sesuai. Ditambahnya dengan 'ikawa' agar menjadi Sachikawa.


PENGAKUAN

Assalamualaikum,

Adakah anda sedar akan kehilangan saya dari Khamis sehingga Ahad minggu lepas? Facebook tidak online. Blog tidak ber-update. Anda tahu mengapa?

VACATiON!!

Guess what? Where was I vacationing? Well, lets say... Shahrizal Shaharuddin pergi tempat tersebut directly lepas SPM dan Ahmad Hamizan baru sahaja balik dari tempat yang sama. Syaza Syamsul Bahari sekarang ini di sana. Izyan Izzati juga sudah ke sana. Yes! My family and I was in Temasik!

Memang best bagi orang yang goody-goody. Yang neat, bersih, kemas and stuffs like that. Tetapi bagi orang yang hendak cuba segalanya... tidaklah berapa W.O.W. kot. Rasanya-lah.

Anyway, memang it was a pengalaman-lah. Saya suka ke Singapura itu kerana second time kot keluar negara. Memang tidak tersangka-sangka-lah..

Well dibawah ini ada beberapa gambar saya di Singapura



Friday, December 24, 2010

PEPATAH MELAYU KUNO

Assalamualaikum,

Ganas sikit tajuk post kali ini. Saya tidak mengatakan bahawa pepatah melayu itu kuno. Maksud saya kuno yang dilihat dari perspective yang buruklah. Saya pilih kuno sebab kuno bermaksud lama. Lama yang teramat sangat. Mungkin jika di-trace balik, boleh sampai sehingga zaman Tuk Kaduk... kot.

Anyway, pepatah yang saya hendak bincangkan ini ada tiga.
  1. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
  2. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
  3. Bapak borek, anak rintik
Pepatah-pepatah tadi membawa maksud yang hampir sama iaitu: macam mana anda lihat anak itu, begitulah ibu bapanya. Kalau anak itu jenis yang pemarah, mungkin kerana melihat ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali yang panas baran. Secara tidak langsung anak itu terdidik untuk menjadi pemarah kerana merasakannya tidak membawa negative effects... which is not.


THE ROAD NOT TAKEN

Assalamualaikum,

For those yang dah belajar The Road Not Taken dalam Short Stories and Poems, English Literature Component ketika Form Four tahun lepas mungkin lebih mudah untuk saya terangkan post ini. Namun, saya berusaha untuk meng-satisfy-kan kesemua audience saya.

Robert Frost masa muda
The Road Not Taken
by Robert Frost